RSS Feed
TOP

kisah petani siri 3..penyemaian bermula




Pagi tadi kira2 pukul 7.20 pagi kami mula menyemai benih2 cabai ke dalam tapak semaian.ada 50 tapak semaian sebelum ia dipindahkan ke tapak penanaman.dengan bantuan Syakir Zabawi bersama petua2nya dan Shahabudin Md Yatim bersama kepakaran dan ketekunannya,alhamdulillah kerja berjaya disiapkan dengan membawa satu harapan semoga ia tumbuh dan satu matlamat yakni semoga kerja ini diterima sebagai salah satu jalan Mu Ya-Allah!
read more "kisah petani siri 3..penyemaian bermula"

TOP

sambungan kisah si petani siri 2...


Alhamdulillah setakat petang tadi kami telah berjaya menyiapkan pagar untuk tapak penanaman.Esok benih akan mula disemai,insya-Allah.
read more "sambungan kisah si petani siri 2..."

TOP

Result peperiksaan akhir tahun 2008..




Alhamdulillah,secara rasminya result periksa student m3 sudah keluar.Khususnya ana ingin menyentuh result pelajar tingkatan 2 terutamanya pelajar lelaki kerana ana lebih banyak bersama mereka.Apa yang ketara dilihat dari keputusannya,ternyata terdapat jurang yang begitu besar antara kelas2.contoh paling mudah,jika pelajar2 yang mendapat top last dalam kelas pertama,mereka tetap mempunyai 1@2 A, dan subjek lainnya B dan C sahaja.Manakala result bagi top tenth kelas kedua dan ketiga,walaupun mempunyai A,tetapi kebanyakan subjeknya C,D,E.Jadi bayangkan result pelajar2 kelas kedua dan ketiga yang tidak mendapat top tenth?Sangat mengecewakan.Bagi ana tempoh setahun belajar sudah cukup lama untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun ini.


Dan ana teringat sewaktu menjaga periksa kertas B.Arab,masih ada yang tidak reti menulis jawi.Bayangkan jika tidak reti jawi,bagaimana anda ingin menjawab B.Arab.Baca Al-Quran apatah lagi...


Harapnya pada tahub hadapan antum dapat bersatu,banyakkan aktiviti bersama,study bersama dan sama2 berjaya dalam akademik,akhlak dan modal insan,insya-Allah.Ana sentiasa ingat pada antum dan doakan antum....
read more "Result peperiksaan akhir tahun 2008.."

TOP

Sedih rasanya...




















Sangat sedih apabila melihat dorm yang dihuni oleh ahli2nya yang menghafal Al-Quran saban hari meninggalkan dorm untuk pulang bercuti akhir tahun dalam keadaan yang bersepah.Beginikah jiwa antum yang telah disucikan dengan ayat2 Allah?Mana jiwa yang dirasuk dengan keimanan seperti yang diwar2kan selalu?Mana teori,visi dan misi antum?kenapa sehingga ke hujung tahun tidak dijelmakan ke realiti?Kenapa hanya di kertas mahjong...sedih2..




Ana bukanlah mengkritik seolah2 ana tiada kelemahan dan kekurangan,tapi marilah bersama2 merasai tanggungjawab kita.




Memandangkan keadaan huffaz yg semakin 'corrupted',ana sedang merencanakan satu pendekatan,rancangan untuk mengembalikan kegemilangannya.Semoga mampu menjadi realiti pada tahun 2009.




Tepat jam 8.00 malam sehinggalah pkl 9.20ana dan shahabudin mengemaskan aras atas huffaz.Ana paparkan gambar untuk kita menginsafi kekurangan diri lantas mengambil langkah drastik mengubah diri,insya-Allah.




Ini keadaan selepas dikemas....
read more "Sedih rasanya..."

TOP

Apa rasanya menjadi petani?




3 hari yang lepas, ana dengan sahabat ana ni,shahabudin start projek cari duit lebih..hmm,antaranya bertanilah..kami gunakan tanah yang dah berlalang bertahun2 lamanya di belakang huffaz tu untuk tanam cabai.penat juga rasanya bertani ni.baru tanah yang kecik.tapi kesabaran dan keyakinan memang teruji..kadang2 rasa nk stop je.tapi there is no turning back.smoga Allah bantu kami.setakat ni dh siap batas dan tiang untuk pagarkan kawasan.esok nak start semai benih.Nantikan berita seterusnya.Doakan kami semoga berjaya
read more "Apa rasanya menjadi petani?"

TOP

HUFFAZ IN RENOVATION...


Dorm Huffaz sekarang dalam penambahbesaran dan pembaikan dari aspek fizikalnya.

1)Blok Syuja' akan dirombak untuk menjadi bilik waden(bilik ana insya-allah)

2)bahagian tepi huffaz dibesarkan

3)bilik waden dan bilik khassah yang lama akan di'hancur'kan..


HARAPNYA DENGAN PERUBAHAN DAN KEMAJUAN HUFFAZ INI, MAKA TERTINGKATLAH SAMA AKHLAK DAN JATIDIRI PENGHUNINYA PADA TAHUN DEPAN,INSYA-ALLAH

read more "HUFFAZ IN RENOVATION..."

TOP

UJIAN..


Sekarang ana sedang menghadapi final exam...doakan ana.Susah juga kerja sambil belajar ni,tapi insya Allah ana semakin membiasakan diri insya Allah."Ujian adalah tabiyah dari Allah".
read more "UJIAN.."

TOP

Aidiladha di Langkawi




Aidiladha kali ini terasa bagai di perantauan walaupun hakikatnya kami hanya merayakannya di Langkawi.Ana ke sana untuk menolong keluarga Shahabudin menjual kuih raya di samping berjalan2.
read more "Aidiladha di Langkawi"

TOP

MAD'U BARU + 'BONUS' DARI ALLAH

Perkenalan ini cukup ringkas dimulai dengan terjumpa di masjid berhadapan kedai makan char koey teow diikuti perjumpaan seterusnya bersama hadiah dan borang ke program KIBAR dan borang masuk ke MATRI.Tapi jika disetkan niat kerana jalan dakwah,maka Allah akan membantu,insya Allah.Inilah yang ana ingin tekankan.Betapa sebenarnya selepas pertama kali berjumpa,ana terus dan terus berdoa pada Allah untuk membetulkan niat ana dan menunjukkan kami ke jalan yg sebenarnya.Dan alhamdulillah ana dapat rasa bonus dari Allah,selepas beberapa lama bertaaruf dengan dia,rupanya dia wakil perlis bola tampar U-12.Harapan ana semoga kita dapat berjumpa lagi di MATRI pd thn depan dalam rangka untuk kita saling ingat memperingati,insya-Allah.Ana tunggu anta.....
read more "MAD'U BARU + 'BONUS' DARI ALLAH"

TOP

TOUR ujian kemasukan ke MATRI Ting 1 sesi 2009


Ujian dan interview untuk kemasukan ke MATRI bagi pelajar Ting 1 sesi 2009 telah diadakan baru2 ini.Bezanya berbanding tahun2 yang lalu,ianya diadakan secara tour iaitu dari selatan ke utara.1hb di Sek Ren Ghufron(Johor), 2hb di SRIK,KL, 3hb di Pusat Haluan Ipoh,Perak, 4hb di Masjid Seberang Jaya,P.Pinang, 5hb di S.P dan A.Setar dan berakhir di MATRI pada 6hb.
Tour ini menyaksikan penyertaan yang paling ramai dari negeri Perlis dengan kira2 160 org peserta manakala negeri2 lain dengan purata 20-30 org kecuali negeri Perak seramai 9 org sahaja.
Antara yang diuji dan disoal ialah berkaitan hafazan al-Quran, bacaan Al-Quran,jawi dan sejauh minat untuk memasuki MATRI.
Sebagai salah seorang tenaga pemeriksa selain dari Ust Zainudin dan Ust Rijal Faiz, sudah tentu ana mengharapkan agar semua beroleh yang terbaik dan dapat merasai kehidupan tarbawi di MATRI.Semoga yang berjaya dapat menghargai kehidupan yang bakal anda tempuhi di MATRI nanti.Carilah mutiara2 anda.Sediakan hati anda sekarang!!!
read more "TOUR ujian kemasukan ke MATRI Ting 1 sesi 2009"