'turf' hoki MATRI;di sebelahnya tapak tapak dwifungsi(bas dan gelanggang bola tampar)
KIOSK baru-khas untuk pelajar putera
pejabat asrama pun baru
mesin BIO-PURE,air dijamin bersih.ada di setiap asrama
mesin water cooler pun ada.Setiap tahun MATRI semakin gah dari sudut infrastruktur dan kemudahannya.Terutamanya tahun ini.Di bawah seliaan Guru Pen Kanan Pembangunan yang baru iaitu Ust Mahadzir Mohammad,perkembangan ini dilihat semakin positif.Dimulakan dengan projek AJRUN(AMAL JARIAH UNTUK UMUM) FASA 1,projek ini menuntut kepada bangunan kelas 4 tingkat yang baru.AJRUN ini bakal memakan masa satu dekad dengan tiga buah bangunan kelas bertingkat,sebuah dewan kuliah,dewan perhimpunan,asrama puteri dan putera dan dua buah rumah waden dengan kos sebanyak RM 7 juta.Manakala AJRUN fasa 1 menelan belanja kira-kira RM 1.5 juta.Berpaksikan pada ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah:261
"Perumpamaan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,setiap tangkai pula mengandungi seratus biji.Dan(ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurnia dan ilmuNya"
Diikuti dengan projek INFAQ RAMADHAN UNTUK SENGGARA MATRI 2010 pada bulan Ramdhan lepas.Dan seterusnya penyediaan tapak dwifungsi; fungsi pertama sebagai parkir bas,dan gelanggang bola tampar.Turut disediakan bersebelahan tapak itu,gelanggang mini hoki atau street soccer.
Semoga ini menjadi salah satu indikator dalam menggapai redha Allah,insya Allah.




























