RSS Feed
TOP

Konsert ShouHar


bersama salah seorang ShouHar



ShouHar dan Pemuda Haluan Perlis



Tinggi sekali syu'ur mereka



Semoga syu'ur kami pun tinggi insya Allah



bertemu dengan mereka sebelum konsert di bilik persiapan



Alhamdulillah ini peluang pertama saya berjumpa secara langsung dengan kumpulan nasyid yang menyemarakkan perjuangan membebaskan Palestine dan mengembangkan Islam:ShouHar(Shoutul Harakah).

Konsert berlangsung di KUIN(Kolej Universiti Insaniah)Alor Setar.Konsert Amal yang bertemakan "KESAT AIR MATA GAZA,BEBASKAN AL-AQSA" pada 22/07/2010.Majlis juga turut menjemput salah seorang wakil yang bersama-sama di dalam kapal Mavi Marmara,YB Hj Jamalluddin Elias.

Semoga Allah memberkati perjuangan ShouHar yang tampil dengan gaya kontemporari untuk menyedarkan ummah tentang isu aqidah;isu sejagat ini.Dan semoga Allah memenangkan wira-wira Islam walau di mana jua berada!!!Marilah kita bersatu.Ayuh!!!
read more "Konsert ShouHar"

TOP

KHUTBAH : AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR




Khutbah hari ini di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH(MATRI) disampaikan oleh Ustaz Mohd Wafiq bin Desa,lepasan universiti Madinah dalam bidang Syariah juga pelajar lepasan MATRI.Sekarang telah pulang berkhidmat untuk MATRI.

Secara umumnya khutbah ini menceritakan tentang kerosakan-kerosakan akhlak yang berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah sekarang serta langkah-langkah kolektif bagi menanganinya.

Luangkanlah masa anda untuk mendengarnya,semoga anda mendapat sesuatu yang bermanfaat,insya Allah.



khutbah-amar ma'ruf nahi mungkar
read more "KHUTBAH : AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR"

TOP

KEMBALI SEMULA


saya bersama thaqif




semoga Allah bantu anta,Thaqif


Dengan izin ALLAH SWT,alhamdulillah Ahmad Thaqif b.Kamdani kembali semula menuntut ilmu dunia dan ukhrawi di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH setelah hampir 7 bulan di Sekolah Menengah Dato' Bentara Luar,Johor.

Thaqif antara pelajar yang baik akhlaknya walaupun bukanlah pengawas mahupun pemimpin di sini,namun cukup untuk membuatkan sekelilingnya senang bersamanya.Juga tergolong dalam golongan pelajar bestari.Rasanya ALLAH ingin beliau merasakan suasana di luar,membandingkannya lantas memilih semula suasana terbaik,insya Allah.

Mungkin beliau merasakan sedikit kekurangan berada di sana,lantas membuat keputusan pulang semula ke MATRI.Setelah berbincang-bincang dengan family,saya dan istikharah,maka ALLAH SWT mempositifkan segalanya.Kehangatan ukhwah,suasana dan tarbiahnya sedikit sebanyak menampung segala kekurangan fasiliti.Itulah yang dirindui pelajar-pelajar di sini,insya Allah.

Semoga beliau dapat menyambung semula apa yang telah terputus dan apa yang dihajati dari MATRI.Semoga ALLAH bantu anta,Thaqif.Ana doakan yang terbaik untuk anta!!!
read more "KEMBALI SEMULA"

TOP

LANGKAWI


saudara Akhyar



Abdul Qahar




Air terjun di TELAGA TUJUH



di Pantai Chenang.Farhan Hashim(berbaju hijau)dan keluarga penyambut kami.terima kasih


Pada post kali ini sekadar memaparkan jalan-jalan saya ke LANGKAWI 16 dan 17hb julai.Menemani Abdul Qahar,ex-student MATRI berbangsa Afghanistan atas urusan tertentu.Sambil tu jalan-jalan la.Alang-alang dah sampai.Bersama 'pemandu pelancong' saudara Akhyar.
read more "LANGKAWI"

TOP

Alhamdulillah!



sticker HALUAN tu







Alhamdulillah kira-kira seminggu lepas,saya telah meng'angkat' motor baru iatu FZ150i dan trade in motor lama(baru setahun)135 LC.Semoga kenderaan ini menjadi pemangkin dalam jalan dakwah dan tarbiyah,banyak manfaatnya,insya Allah.
read more "Alhamdulillah!"

TOP

JOHAN SEKALI LAGI!!!


ziarah ust Mahadzir bersama VT selepas johan

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvzkDjic7dXNIxplpQvAecRe9__WDGT-Qm1Tw8woqHi2mDiHdaIhNtjrc-2xppgYRz1lVu_8TexG_uvbsCGQxzkCzxTiKzDaIqOYFkBlf0ScxWA4bhC-PYUuuIu86ICxNbIBZ-UHaQwZ0/s1600/IMG_1090.JPG">
ceria


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicXicVRgM7ZzaZtW1fJ2QgySzsIMoYkfAW2-FfQVOBXKW5OkG6chz-kjYNy0EDOV_pVlqyhyupfYR6dDMJtwPriTAM0Bdg4ofdgnAOjsdpv0eyjRVZXeZNJtdqbQvvFl65XA3eUY_K27o/s1600/IMG_1093.JPG">
ini antara family VT....tanpa kehadiran ayahanda




Alhamdulillah sekali lagi family VT dengan izin ALLAH swt telah meraih JOHAN pada kejohanan MSSPs edisi 2010.Bantuan dari ALLAH,doa,sumbangan dr keluarga VT dan semua.
Menjadikan sukan sebagai wasilah dalam beribadah dan berdakwah pada masyarakat.Dengan berpegang pada kalimah ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA.Maka gelaran JOHAN perlu diraih untuk membuka mata masyarakat.

Separuh akhir dirasakan seperti akhir kerana pertembungan tradisi dua pasukan iaitu MATRI VT dan smk syed alwi.VT berjaya mengatasi masalah ketidaktenangan hati dengan berpegang pada HDA,bantuan ALLAH,strategi dan doa semua.Agak terkilan sedikit kerana sebaik sahaja menang,Pengurus pasukan iaitu Ust Mahadzir mengalami sesak nafas dan terus dikejar ke hospital kerana kurang rehat.Itulah pengorbanan beliau demi memastikan VT terus menjadi role-model
read more "JOHAN SEKALI LAGI!!!"

TOP

VT: MAJLIS BERBUKA PUASA(1hb,8hb,15hb,22hb,29hb APRIL 2010)


inilah keluarga VT,telah berkembang melebihi 20 orang


"legenda" farhan-khassah 1


ahmad ramadhan dan sahabat-sahabat


Antara suasana yang ada ketika keluarga VT berbuka puasa hari ini,di bawah sinaran spot light;spot light yang biasanya digunakan untuk latihan jasmani ditukar pada rohani di gelanggang bersejarah,turun-temurun.Gelanggang yang pernah menjadi pusat pentarbiyahan dan pengeluaran produk-produk untuk menyebarkan ISLAM apabila keluar kelak dan menjadikan sukan sebagai wasilah dan ibadah,insya Allah.Semoga Allah redha pada usaha yang sedikit ini.Amin.
read more "VT: MAJLIS BERBUKA PUASA(1hb,8hb,15hb,22hb,29hb APRIL 2010)"

TOP

KEPUTUSAN SPM 2009 MATRI

gambar dari blog HILAL ASYRAF-ms.langitilahi.com





Maafkan saya di atas kelewatan memaparkan keputusan SPM MATRI kerana menunggu analisis selesai dilakukan terlebih dahulu.Alhamdulillah,keputusan SPM ini boleh dikatakan antara yang terbaik sepanjang zaman di MATRI.Semoga ALLAH redha pada mereka yang telah berusaha untuk memartabatkan nama MATRI dan seterusnya ISLAM.Teruskan kejayaan antum wahai batch 15 MATRI,insya Allah.Bertebaranlah antum selepas ini ke serata dunia untuk terus menyebarkan ISLAM dan KEJAYAAN.

lihat senarai pelajar cemerlang SPM MATRI 2009
lihat keputusan penuh SPM MATRI 2009
read more "KEPUTUSAN SPM 2009 MATRI"

TOP

PELAJAR MATRI MASUK AKADEMI AL-QURAN(AQ)???

Maafkan saya kerana sudah lama tidak post sesuatu berharga berkaitan MATRI kerana kesibukan sebagai pelajar,guru,waden,coach yang sedikit sebanyak mengekang masa saya.Benarlah kata-kata Imam Hassan Al-Banna bahawa tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.Walaubagaimanapun saya akan cuba mengatasinya inysa Allah.

Kali ini saya paparkan dua suara dan wajah adik-adik tingkatan 1 MATRI yang mempunyai bakat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang Al-Quran jika terus dilatih.Barangkali saudara Anas Abd Hadi perlu pulang sekejap nanti untuk membantu,insya Allah.Kedua-duanya berasal dari Negeri Perak.
Adik yang pertama ialah Mohd Fahmi b.Ibrahim(adik kpd Rahimi dan Syahmi Ibrahim).Dengan keputusan UPSR 4A1B,beliau menyimpan cita-cita menjadi doktor haiwan.
Kedua,adik Abdullah Husaini b.Jamalluddin,UPSR 5A,bercita-cita menjadi pendakwah.
Adik Fahmi pernah menjadi naib johan(2007) dan Johan(2008) peringkat Zon 4 Negeri Perak dan mendapat tempat keempat pada peringkat antara Zon(2008).
Manakala adik Husaini pula naib Johan(2005),dan Johan(2006 dan 2007)peringkat Zon Taiping.Manakala di peringkat Daerah pula,nasib pernah menyebelahinya apabila muncul Naib Johan.



inilah Fahmi
ini pula Husaini
merenung masa hadapan..




Mari dengar suara adik Fahmi


Mari dengar suara adik Husaini
read more "PELAJAR MATRI MASUK AKADEMI AL-QURAN(AQ)???"

TOP

TIADA CIKGU DI MATRI???


Hari ini MATRI "kosong".huhu



Kelmarin telah bermula cuti sempena Maulidurrasul sehingga 1 Mac ini.Dan hari ini guru-guru dan staf MATRI akan ber"khemah" selama 3 hari 2 malam di NAZA TALYYA HOTEL,PULAU PINANG sempena sambutan HARI KELUARGA MATRI 2010.Di bawah anjuran BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MATRI(BKKM).Semoga majlis ini lancar dan diredhai ALLAH.
read more "TIADA CIKGU DI MATRI???"