RSS Feed
TOP

TADABBUR ALAM









Mengambil kesempatan di sebalik program rekreasi KIBAR(KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB 2009)di BUKIT JERNIH untuk pelajar darjah 6 sebelum ke alam secondary school terutamanya MATRI..MARI TADABBUR ALAM BERSAMA-SAMA DI SEBALIK LENSA
PUJIAN HANYA UNTUK ALLAH SWT!
read more "TADABBUR ALAM"

TOP

PENYAKIT YANG LEBIH DARI PENYAKIT



Mari saya ajak diri dan semua untuk menelusi satu definisi sebenar bagi PENYAKIT.Supaya ia dapat diterjemahkan sebagai pengajaran.Biasanya apabila sakit, maka segeralah kita akan mencari doktor atau bomoh untuk mendapatkan rawatan kan?Tapi bagaimana jika jiwa kita yang sakit?Yang mana kalau dapat dirasai kesakitannya,nescaya lebih sakit dari semua penyakit di muka bumi ini seperti HIV,AIDS,H1N1 dan lain-lain.


Penyakit-penyakit yang biasa terdapat dalam jiwa manusia adalah seperti berikut:

1. Mensyirikkan Allah SWT.

2. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah SWT.

3. Lalai terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan Allah SWT kepada hamba yang Muslim.

4. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi dan disokong Allah SWT.

5. Meninggalkan keputusan Allah SWT dalam kehidupan, sebaliknya mengambil keputusan yang lain.

Dalam realiti kini, segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dipandang tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia. Manusia tidak memberi harga dan nilai kepada kehendak Allah SWT. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah SWT.

Mungkin terdapat segelintir manusia daripada umat ini yang memandang berat, mulia, tinggi dan agung dengan keputusan Allah SWT. Tetapi umumnya apabila dikemukakan keputusan Allah SWT maka dirasakan menjatuhkan maruah, seterusnya bersikap tidak mempedu­likan dan tidak mengendahkan keputusan tersebut. Inilah penyakit jiwa.

6. Tidak merujuk kepada Allah SWT, sebaliknya mengambil rujukan yang lain dalam permasalahan hidup meliputi di bidang ilmu penge­tahuan, sistem, peraturan dan sebagainya.

7. Tidak bergantung harap kepada Allah SWT, sebaliknya bergantung harap kepada ilah-ilah selain Allah SWT.

Apabila manusia tidak merujuk kepada Allah SWT, maka sudah tentu tiada lagi pergantungan kepada Allah SWT. Hakikat ini dinilai berasaskan praktik hidup manusia hari ini, meskipun dari segi dakwaan sememangnya mereka mengakui merujuk dan bergantung Allah SWT. Inilah yang sedang nyata berlaku.

8. Mencurigai, syak dan sangsi kepada janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Allah SWT memberitahu orang-orang yang beriman, bertaqwa dan beramal saleh akan janji syurga. Allah juga memberitahu orang-orang yang menentang-Nya akan janji azab neraka. Namun dalam perlaksanaan hidup manusia kini, ramai merasa syak dan sangsi terhadap janji-janji Allah SWT.

Jika manusia yakin akan janji-janji itu, sudah tentu realiti manusia berbeza daripada apa yang ada sekarang. Kini secara meluas manusia berasa curiga dan syak dengan janji-janji dan ingatan-ingatan Allah SWT.

Itulah perkara-perkara atau sebab-sebab yang membawa penyakit kepada jiwa manusia.


UBAT YANG MUJARAB

Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit-penyakit itu melainkan ubat yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Janganlah berusaha mencari ubat-ubat yang lain. Tidak akan sembuh penyakit-penyakit itu melainkan dengan ubat yang telah digunakan oleh Baginda SAW.

Untuk mengubati sesuatu penyakit, perlu terlebih dahulu kita melihat jenis penyakit tersebut. Ubat yang mujarab ialah apa yang berlawanan dengan penyakit yang menyerang manusia.

1. Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah SWT, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah SWT.

2. Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

3. Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diber­ikan Allah SWT, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab terse­but.

4. Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah SWT, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, redha dan cinta terhadapnya.

5. Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah SWT, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan boleh terlepas daripada keputusan Allah SWT. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan kepada keputusan Allah SWT. iaitu meru­juk dan kembali kepada syarak atau Islam sahaja.

6. Jika penyakit itu ialah memandang kecil dan hina terhadap nilai-nilai Allah SWT, ubatnya ialah kembali menilai dengan tinggi, agung dan baik akan nilai-nilai Allah SWT. Manusia harus diberi kefahaman sebenar terhadap nilai-nilai Allah SWT dan ditarbiyyah. Dengan cara ini barulah penyakit tersebut dapat sembuh.


KERIANGAN MENTAUHIDKAN ALLAH

Keseluruhan cara pergubatan di atas dipanggil cara pengubatan Rasulullah SAW terhadap penyakit-penyakit jiwa.

Penyakit mensyirikkan Allah SWT, disembuhkan dengan cara kembali mentauhidkan Allah SWT. Tauhid kepada Allah SWT akan membuka pintu kebaikan, kegembiraan, dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman ialah riang yang hakiki dan tidak berpu­ra-pura. Keringan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT. Keriangan mereka adalah keriangan berterusan walaupun mereka diancam dan dikecam.

Inilah keriangan dan kegembiraan bagi orang-orang yang mentauhid­kan Allah SWT. Mereka sentiasa bertindak di atas landasan sya­ra'. Sekiranya mereka bertindak di atas landasan syara' tetapi tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna tauhid itu belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di jiwa mereka.

TAUBAT

Taubat bermakna manusia kembali kepada Allah SWT, peraturan-Nya dan hukum-Nya. Taubat ialah membuang dan mengosongkan diri dari­pada segala bentuk campuran yang buruk atau campuran yang boleh merosakkan jiwa. Taubat ialah menjaga diri daripada percampuran nilai-nilai lain dan kembali kepada nilai-nilai Allah SWT sahaja dalam setiap aspek kehidupan. Sekiranya seseorang itu termasuk ke dalam golongan orang-orang bertaubat kepada Allah SWT maka campuran itu tidak wujud lagi pada dirinya. Inilah sifat orang bertaubat.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripa­da makanan yang memudharatkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.


DOSA MELEMAH DAN MEMATIKAN JIWA

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan). Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik."

Abdullah bin Mubarak berkata:

"Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Men­inggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."


REALITI KINI

Beralih kepada realiti hari ini, manusia secara umumnya mendur­hakai syara'. Dosa bukan sahaja menjadi sahabat malah membuat dosa menjadi sumber mata pencarian. Dosa menjadi suatu kelazatan.Hawa nafsu menjadi ganas. Jiwa manusia lebih cenderung kepada kejahilan dan kezaliman. Sifat fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin sukar untuk menerima nasihat atau ubat. Jiwa masyarakat berasa cukup gelisah bila dengar kalimah syara' lalu dipandang hina, sepi dan serong. Lebih tenat lagi apabila jiwa menolak ubat dan sukakan penyakit. jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu penyakit.

Penyakit mencerca Allah SWT berlaku dalam masyarakat. Cercaan ini berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara tersurat atau tersirat. Contohnya, Allah SWT menurunkan hujan. Kedapatan manu­sia mencerca Allah dengan cara berusaha menghalang hujan dengan alasan atau tujuan untuk menjayakan `malam amal' atau majlis-majlis tertentu. Walaupun Allah SWT mengizinkan hujan berhenti tetapi itu adalah al-Istidraj. Allah SWT terus membiarkan mereka menunjukkan kemegahan.

Mencerca Allah SWT juga berlaku dengan cara memandang sepi hukum-hukum Allah SWT, memandang Islam sebagai cara hidup ketinggalan zaman, mengambil sebahagian daripada Islam dan menolak sebahagian daripadanya.

Realiti ini lebih payah dan sukar bagi para doktor (para penda'wah) untuk mengubatinya. Manusia yang berpenyakit itu pula akan terus memberi musibah dan kemalangan yang besar kepada umat keseluruhannya.


MENGUBATI DENGAN RAHMAT

Menurut Ibn al-Qayyim:

"Tiada harapan lagi untuk diubati penyakit-penyakit itu kecuali hanya rahmat Allah SWT ke atas mereka sahaja."

Oleh itu, dalam setiap usaha, pendakwah-pendakwah mestilah berhu­bung dan bergantung dengan Allah SWT.

Abdullah bin 'Abbas berkata:

"Do'a kita harus mengandungi Tauhid (Uluhiyyah dan Rububiyyah) dan mestilah kembali menyifatkan Allah SWT sebagai yang paling Agung, Tinggi dan Pemurah."

Maksudnya, do'a pendakwah-pendakwah bukan sahaja dengan lafaz secara lisan bahkan praktik dan amalan mereka mesti mencerminkan kefahaman dan keyakinan akan sifat-sifat Allah SWT. Dengan cara ini barulah pendakwah-pendakwah boleh mengharapkan do'a itu dimakbulkan Allah SWT

JAGALAH HATI KITA!!!
read more "PENYAKIT YANG LEBIH DARI PENYAKIT"

TOP

ZIARAH MURABBI BERSAMA MURABBI


"Ust nak pergi tengok Ust Omar tak.kalau nak pergi, ana nak ikut,boleh?" saya menghantar mesej pada Ust Mahadzir.

"Nak pergi boleh,tapi kena belanja RFC la" Ust membalas dengan nada berseloroh.

Rupa-rupanya bukan kami pergi berdua atau bersama 'GURU BIASA', tetapi yang turut bersama ialah Mudir MATRI, Dato' Dahlan Mohd Zain, dan hampir semua PK(PENOLONG KANAN) iaitu CIKGU YAHYA, CIKGU OSMAN AROF, UST ABD HADI dan termasuklah UST MAHADZIR sendiri.2 orang lagi ialah PAK WAN FARID dan PAKCIK ZULKEFLI MUTALIB.Mereka ini semuanya SANG MURABBIKU.

Kami tiba di KEDAH MEDICAL CENTRE(KMC) tengah hari.Ust Omar masih ceria menyambut kehadiran kami walaupun masih lagi berada di ICU.Masih boleh berbicara dalam kepahitan yang ditelan sendiri.Bertanyakan khabar dan hal-hal yang lain.Tidak lupa mengucapkan kata-kata doa supaya sang murabbi ini kembali pulih,insya Allah.

Inilah ciri MUKMIN.Masih kelihatan tenang walaupun diuji Allah swt.Dapat merasai bahawa ujian itu adalah bukti kasih-Nya.Sesungguhnya Allah tidak membebankan seorang hamba-Nya melainkan di bawah kemampuannya.

Dalam perjalanan pulang,setelah singgah mengisi keperluan rohani dan jasmani, arah dituju ialah sebuah kedai pokok.Mencari beberapa batang pokok nangka madu dan dokong.Untuk ditanam di sekitar kawasan MATRI.BUMI HIJAU.Itulah idea MUDIR.Kagum dengan semangat dan kegigihan Ust Dahlan.Inilah intelektual yang menjadi tulang belakang ilmu dan kefahaman MATRI.

SEMOGA ALLAH SEMBUHKAN UST OMAR DAN KEKALKAN KESIHATAN MURABBIKU YANG LAIN.AMIN
read more "ZIARAH MURABBI BERSAMA MURABBI"

TOP

DOAKAN MURABBIKU.


Assalamualaikum
minta semua doakan AL-FADHIL UST OMAR HAJI SALLEH.
Beliau dimasukkan ke ICU di KEDAH MEDICAL CENTRE petang tadi
kerana masalah jantung tersumbat.
Beliau ialah murabbi di MATRI sejak sebelum saya masuk MATRI sehinggalah saya menjadi pendidik di MATRI.
Doakanlah
supaya kesihatannya kembali
supaya dapat terus melaksanakan kerja-kerja dakwah ini
kerana dialah murabbiku
dan murabbi alam ini.
read more "DOAKAN MURABBIKU."

TOP

JOHAN!!!

Alhamdulillah rasanya sudah lama saya tak menulis di blog ini.barangkali kerana kesibukan dalam hal yang lain.mungkin kali ini ada kekuatan kerana petang kelmarin Allah sekali lagi memberikan MATRI VT BWH 16 TAHUN untuk muncul JOHAN dalam KARNIVAL BOLA TAMPAR MSSPS 2009 setelah menewaskan SMK SYED ALWI di peringkat separuh akhir dan SMK DATO' JAAFAR HASSAN di FINAL.Semoga kejayaan ini adalah untuk ISLAM dan menjadi berita gembira bagi mereka yang mencintai ISLAM!!!.Empat pemain telah dipilih mewakili pasukan negeri PERLIS
1)AHMAD RAMDHAN B.YUSUF
2)AHMAD IHSAN ROSLI
3)UMAR BASYIR
4)MOHD IZAREEF B. ARIFFIN

Rasa syukur yang tidak terhingga bukan saja kerana mendapat johan,tetapi kerana berjaya mengatasi masalah utama pasukan iaitu ketenangan.RAHSIA nya ialah
"Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang".
Atau bahasa singkatan bagi pelajar MATRI ialah HDA(HUBUNGAN DENGAN ALLAH).

Rupanya hikmah tersembunyi di sebalik kegagalan mempertahankan gelaran JOHAN BAWAH 18 TAHUN pada bulan MEI ialah Allah ingin menunjukkan pada saya bahawa masalah utama pasukan ialah ketidaktenangan hati,dan ia telah berjaya diatasi.Benarlah apa yang diungkapkan oleh Dr Abdullah 'Aidh Al-Qarni dalam bukunya "MENJADI MANUSIA PINTAR-CERDAS" iaitu "Setiap kesusahan pasti diiringi kesenangan".

Smoga kejayaan ini menjadi inspirasi atau pemangkin untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Bersama-sama entry ini dipaparkan gambar2 kejayaan kelmarin.ALHAMDULILLAH!

COACH HUSSAM.
read more "JOHAN!!!"

TOP

TEROWONG RAHSIA




Selain Koridor Philadelphi yang dikesan Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya. Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.
Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata. Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir. Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.
“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,” katanya, Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan. Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek. Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.
Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran. Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata. Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat. Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan. “Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya. Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006. Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas. “Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang,” katanya. Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit. “Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,” katanya. Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi. Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007. Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan. Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel. PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak akan berjaya'.
Info Terowong GazaAda lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.Upah menggali RM480 sehari.Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong
read more "TEROWONG RAHSIA"

TOP

Apakah peranan kita?
















read more "Apakah peranan kita?"