RSS Feed
TOP

Konsert ShouHar


bersama salah seorang ShouHar



ShouHar dan Pemuda Haluan Perlis



Tinggi sekali syu'ur mereka



Semoga syu'ur kami pun tinggi insya Allah



bertemu dengan mereka sebelum konsert di bilik persiapan



Alhamdulillah ini peluang pertama saya berjumpa secara langsung dengan kumpulan nasyid yang menyemarakkan perjuangan membebaskan Palestine dan mengembangkan Islam:ShouHar(Shoutul Harakah).

Konsert berlangsung di KUIN(Kolej Universiti Insaniah)Alor Setar.Konsert Amal yang bertemakan "KESAT AIR MATA GAZA,BEBASKAN AL-AQSA" pada 22/07/2010.Majlis juga turut menjemput salah seorang wakil yang bersama-sama di dalam kapal Mavi Marmara,YB Hj Jamalluddin Elias.

Semoga Allah memberkati perjuangan ShouHar yang tampil dengan gaya kontemporari untuk menyedarkan ummah tentang isu aqidah;isu sejagat ini.Dan semoga Allah memenangkan wira-wira Islam walau di mana jua berada!!!Marilah kita bersatu.Ayuh!!!
read more "Konsert ShouHar"

TOP

KHUTBAH : AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR




Khutbah hari ini di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH(MATRI) disampaikan oleh Ustaz Mohd Wafiq bin Desa,lepasan universiti Madinah dalam bidang Syariah juga pelajar lepasan MATRI.Sekarang telah pulang berkhidmat untuk MATRI.

Secara umumnya khutbah ini menceritakan tentang kerosakan-kerosakan akhlak yang berlaku dari zaman Rasulullah s.a.w sehinggalah sekarang serta langkah-langkah kolektif bagi menanganinya.

Luangkanlah masa anda untuk mendengarnya,semoga anda mendapat sesuatu yang bermanfaat,insya Allah.



khutbah-amar ma'ruf nahi mungkar
read more "KHUTBAH : AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR"

TOP

KEMBALI SEMULA


saya bersama thaqif




semoga Allah bantu anta,Thaqif


Dengan izin ALLAH SWT,alhamdulillah Ahmad Thaqif b.Kamdani kembali semula menuntut ilmu dunia dan ukhrawi di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH setelah hampir 7 bulan di Sekolah Menengah Dato' Bentara Luar,Johor.

Thaqif antara pelajar yang baik akhlaknya walaupun bukanlah pengawas mahupun pemimpin di sini,namun cukup untuk membuatkan sekelilingnya senang bersamanya.Juga tergolong dalam golongan pelajar bestari.Rasanya ALLAH ingin beliau merasakan suasana di luar,membandingkannya lantas memilih semula suasana terbaik,insya Allah.

Mungkin beliau merasakan sedikit kekurangan berada di sana,lantas membuat keputusan pulang semula ke MATRI.Setelah berbincang-bincang dengan family,saya dan istikharah,maka ALLAH SWT mempositifkan segalanya.Kehangatan ukhwah,suasana dan tarbiahnya sedikit sebanyak menampung segala kekurangan fasiliti.Itulah yang dirindui pelajar-pelajar di sini,insya Allah.

Semoga beliau dapat menyambung semula apa yang telah terputus dan apa yang dihajati dari MATRI.Semoga ALLAH bantu anta,Thaqif.Ana doakan yang terbaik untuk anta!!!
read more "KEMBALI SEMULA"

TOP

LANGKAWI


saudara Akhyar



Abdul Qahar




Air terjun di TELAGA TUJUH



di Pantai Chenang.Farhan Hashim(berbaju hijau)dan keluarga penyambut kami.terima kasih


Pada post kali ini sekadar memaparkan jalan-jalan saya ke LANGKAWI 16 dan 17hb julai.Menemani Abdul Qahar,ex-student MATRI berbangsa Afghanistan atas urusan tertentu.Sambil tu jalan-jalan la.Alang-alang dah sampai.Bersama 'pemandu pelancong' saudara Akhyar.
read more "LANGKAWI"

TOP

Alhamdulillah!



sticker HALUAN tu







Alhamdulillah kira-kira seminggu lepas,saya telah meng'angkat' motor baru iatu FZ150i dan trade in motor lama(baru setahun)135 LC.Semoga kenderaan ini menjadi pemangkin dalam jalan dakwah dan tarbiyah,banyak manfaatnya,insya Allah.
read more "Alhamdulillah!"