RSS Feed
TOP

KEPUTUSAN SPM 2009 MATRI

gambar dari blog HILAL ASYRAF-ms.langitilahi.com





Maafkan saya di atas kelewatan memaparkan keputusan SPM MATRI kerana menunggu analisis selesai dilakukan terlebih dahulu.Alhamdulillah,keputusan SPM ini boleh dikatakan antara yang terbaik sepanjang zaman di MATRI.Semoga ALLAH redha pada mereka yang telah berusaha untuk memartabatkan nama MATRI dan seterusnya ISLAM.Teruskan kejayaan antum wahai batch 15 MATRI,insya Allah.Bertebaranlah antum selepas ini ke serata dunia untuk terus menyebarkan ISLAM dan KEJAYAAN.

lihat senarai pelajar cemerlang SPM MATRI 2009
lihat keputusan penuh SPM MATRI 2009
read more "KEPUTUSAN SPM 2009 MATRI"

TOP

PELAJAR MATRI MASUK AKADEMI AL-QURAN(AQ)???

Maafkan saya kerana sudah lama tidak post sesuatu berharga berkaitan MATRI kerana kesibukan sebagai pelajar,guru,waden,coach yang sedikit sebanyak mengekang masa saya.Benarlah kata-kata Imam Hassan Al-Banna bahawa tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.Walaubagaimanapun saya akan cuba mengatasinya inysa Allah.

Kali ini saya paparkan dua suara dan wajah adik-adik tingkatan 1 MATRI yang mempunyai bakat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang Al-Quran jika terus dilatih.Barangkali saudara Anas Abd Hadi perlu pulang sekejap nanti untuk membantu,insya Allah.Kedua-duanya berasal dari Negeri Perak.
Adik yang pertama ialah Mohd Fahmi b.Ibrahim(adik kpd Rahimi dan Syahmi Ibrahim).Dengan keputusan UPSR 4A1B,beliau menyimpan cita-cita menjadi doktor haiwan.
Kedua,adik Abdullah Husaini b.Jamalluddin,UPSR 5A,bercita-cita menjadi pendakwah.
Adik Fahmi pernah menjadi naib johan(2007) dan Johan(2008) peringkat Zon 4 Negeri Perak dan mendapat tempat keempat pada peringkat antara Zon(2008).
Manakala adik Husaini pula naib Johan(2005),dan Johan(2006 dan 2007)peringkat Zon Taiping.Manakala di peringkat Daerah pula,nasib pernah menyebelahinya apabila muncul Naib Johan.



inilah Fahmi
ini pula Husaini
merenung masa hadapan..




Mari dengar suara adik Fahmi


Mari dengar suara adik Husaini
read more "PELAJAR MATRI MASUK AKADEMI AL-QURAN(AQ)???"