RSS Feed
TOP

TIADA CIKGU DI MATRI???


Hari ini MATRI "kosong".huhu



Kelmarin telah bermula cuti sempena Maulidurrasul sehingga 1 Mac ini.Dan hari ini guru-guru dan staf MATRI akan ber"khemah" selama 3 hari 2 malam di NAZA TALYYA HOTEL,PULAU PINANG sempena sambutan HARI KELUARGA MATRI 2010.Di bawah anjuran BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MATRI(BKKM).Semoga majlis ini lancar dan diredhai ALLAH.
read more "TIADA CIKGU DI MATRI???"

TOP

Perkembangan Prasrana MATRI

'turf' hoki MATRI;di sebelahnya tapak tapak dwifungsi(bas dan gelanggang bola tampar)
KIOSK baru-khas untuk pelajar putera
pejabat asrama pun baru
mesin BIO-PURE,air dijamin bersih.ada di setiap asrama
mesin water cooler pun ada.




Setiap tahun MATRI semakin gah dari sudut infrastruktur dan kemudahannya.Terutamanya tahun ini.Di bawah seliaan Guru Pen Kanan Pembangunan yang baru iaitu Ust Mahadzir Mohammad,perkembangan ini dilihat semakin positif.Dimulakan dengan projek AJRUN(AMAL JARIAH UNTUK UMUM) FASA 1,projek ini menuntut kepada bangunan kelas 4 tingkat yang baru.AJRUN ini bakal memakan masa satu dekad dengan tiga buah bangunan kelas bertingkat,sebuah dewan kuliah,dewan perhimpunan,asrama puteri dan putera dan dua buah rumah waden dengan kos sebanyak RM 7 juta.Manakala AJRUN fasa 1 menelan belanja kira-kira RM 1.5 juta.Berpaksikan pada ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah:261
"Perumpamaan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,setiap tangkai pula mengandungi seratus biji.Dan(ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurnia dan ilmuNya"

Diikuti dengan projek INFAQ RAMADHAN UNTUK SENGGARA MATRI 2010 pada bulan Ramdhan lepas.Dan seterusnya penyediaan tapak dwifungsi; fungsi pertama sebagai parkir bas,dan gelanggang bola tampar.Turut disediakan bersebelahan tapak itu,gelanggang mini hoki atau street soccer.

Semoga ini menjadi salah satu indikator dalam menggapai redha Allah,insya Allah.
read more "Perkembangan Prasrana MATRI"

TOP

MUSIBAH BERHIKMAH


Ustaz yang sentiasa tenang walau dipenuhi masuliyah dan masalah.Semoga Allah bantu beliau








Ketua waden yang kita kasihi,Ustaz Mahadzir Mohamad yang juga sekarang menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Pembangunan dan Penyenggaraan.
Alhamdulillah ibu Ust Mahadzir telah selamat menjalani pembedahan kerana kanser usus.
Allah izin hari ini ibu kepada isteri beliau(Ustazah Khairul Badriah) pula dimasukkan ke Hospital Tunku Fauziah Kangar kerana menjalani pembedahan hidung.Akibat dari nanah.
Sama-sama kita doakan semoga Allah memberi ketabahan pada mereka berdua dan hikmah di sebalik kejadian ini,insya Allah.
read more "MUSIBAH BERHIKMAH"

TOP

Persediaan kedatangan Jabatan Pelajaran Negeri(Sektor Swasta)

posing jer lebih
beratur cepat ikut blok!
senyum2
anak saudara Cikgu Sanusi(coach VT Syed Alwi)
pekerja MPK
Belakang bangunan akademik
Beratnya..
Musim luruh Perlis
Rajinnya khalid




Hari ini diadakan AMAL JAMAIE(GOTONG ROYONG) sebagai salah satu persiapan terakhir menyambut ketibaan penilai-penilai dari Jabatan Pelajaran.Sebelum ini mereka sudah dua kali menangguhkan kedatangan mereka untuk menilai MATRI.Harapnya esok mereka betul-betul datang.Menilai dari pelbagai sudut--pelan bangunan,pelan tapak,kebersihan,fasiliti,kemudahan-kemudahan yang ada,data-data,rekod kewangan dan lain-lain.Seterusnya menggredkan MATRI sama ada di tahap yang cemerlang,baik,sederhana dan lain-lain.Semoga ALLAH membantu dalam usaha untuk menjaga martabat sekolah ini sekaligus martabat ISLAM.Dan penilaian dari ALLAH SWT itulah yang terbaik.
read more "Persediaan kedatangan Jabatan Pelajaran Negeri(Sektor Swasta)"

TOP

SUASANA IJTIMA'AM

Inilah USTAZ ABDUL HADI
senyum2
tengah bincang apa ye
suasana sementara menunggu Ust datang




MP3 Ijtimaam(SURAH AL-HASYR)





Dalam post kali ini dipaparkan suasana IJTIMA'AM(KULIAH AM) dan MP3 yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Hadi b. Osman.Semoga kita dapat menghayati sedikt kupasan dari Surah Al-Hasyr.Insya Allah.
read more "SUASANA IJTIMA'AM"

TOP

PENGUMUMAN : IJTIMAAM


Insya Allah hari ini saya akan cuba upload gambar dan mp3 IJTIMAAM(KULIAH AM) di Musolla MATRI.Sama-sama kita nantikan.
read more "PENGUMUMAN : IJTIMAAM"

TOP

KASUMAT 2010-FIRST DAY

Badar lawan apa ntah
Hero Badar,semua pemain Badar memakai t-shirt BOMBA
Badar menang ke?
urusetia ting 4
Refferee tertinggi




KASUMAT 2010 membawa maksud "KARNIVAL SUKAN MATRI".
Dianjurkan oleh Badan Pengawas MATRI yang bermotifkan keredhaan ALLAH mampu dicapai melalui aspek sukan serta memupuk ukhwah di kalangan pelajar.
Karnival ini berlangsung bermula 19/02/10-21/02/10.
Acara yang dianjurkan ialah hoki,bola sepak dan bola tampar.
Perlawanan melibatkan lima buah platun tradisi MATRI iaitu KHAIBAR,UHUD,BADAR,QADISYIAH, dan YARMUK.
Perlawanan bola sepak ditangguhkan hari ini kerana pasukan sekolah sedang bersiap-sedia bagi menghadapi kejohanan MSSPs dalam rangka menaikkan martabat MATRI dan ISLAM,insya Allah.
Jiddiyah berplatun jelas kelihatan apabila semua ahli cuba membantu menaikkan semangat pasukan yang bertanding.
Semoga usaha ini diredhai ALLAH.

"MUKMIN YANG KUAT LEBIH BAIK DAN DISUKAI OLEH ALLAH BERBANDING MUKMIN YANG LEMAH"

wallahualam
read more "KASUMAT 2010-FIRST DAY"

TOP

KHUTBAH : AKHLAK ISLAM (UST ABD HADI OSMAN)

Khutbah oleh Ustaz Abdul Hadi bin Osman,pemangku MUDIR MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH(MATRI).Semoga kita dapat menepati akhlak Islamiyah yang digariskan oleh beliau.


akhlak islam1
akhlak islam2
read more "KHUTBAH : AKHLAK ISLAM (UST ABD HADI OSMAN)"

TOP

RUTIN



Rutin harian pelajar MATRI tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini
Sebelum para pelajar melangkah kaki menuntut ilmu pada 7.40 pagi
akan diadakan "roll-call" untuk memastikan para pelajar dalam keadaan bersedia untuk memulakan persekolahan di samping kesempurnaan uniform sekolah.
Sedikir bekalan rohani disisipkan sebagai simbolik kekuatan permulaan hari.
Cuma "roll-call" pelajar tingkatan 1 diasingkan dari tingkatan yang lain.

Pada hari ini juga saya akan cuba untuk memasukkan khutbah Jumaat yang disampaikan di musolla MATRI
Seterusnya pada petang hari akan diadakan KASUMAT
Apa KASUMAT itu?
Sama-sama kita nantikan
read more "RUTIN"

TOP

Bertamu ke Rumah Murabbi


Syafiq syukur sedang mengurut Ust Dahlan


Ust Yazib membantu memotong kuku Ust Dahlan


Dr Ismail Nayan,antara Dr peribadi Ust.Sedang mengukur tekanan darah Ust

bersama Ust Dahlan

Alhamdulillah setelah Al-Fadhil Dato' Ust Dahlan Mohd Zain pulang dari rawatan di Kuala Lumpur,baru hari ini Allah izin saya untuk menziarahi beliau bersama-sama sahabat yang lain.Ust Dahlan masih kelihatan ceria menyambut kami,bertanyakan khabar walaupun agak uzur.Masih banyak mutiara-mutiara disampaikan dalam keadaan sebegitu.Ust masih gigih membaca buku-buku dan sempat menceritakan salah satu cerita dalam satu buku yang dibacanya.Semoga segera sembuh wahai murabbiku,murabbi kita dan alam,insya Allah.Sama-sama kita doakan.
read more "Bertamu ke Rumah Murabbi"