RSS Feed
TOP

BAGAIMANA MENANGANI KRITIKAN YANG PEDAS?


Orang yang bodoh dan tolol selalu mencaci maki Allah swt.Yang Maha Pencipta.Mereka juga selalu mencela Allah.Maka apa yang akan terjadi kepada saya, anda, dan kami yang selalu bergelumang dengan kesalahan dan kesilapan ini.
Sebenarnya sebuah kehidupan ini,anda akan menghadapi peperangan yang sengit yang tiada pernah mengenal gencatan senjata,iaitu kritik pedas dan pahit.Dalam kehidupan ini,anda juga akan mengalami pemberontakan sengaja yang mesti diambil pelajaran yang baik.
Dalam kehidupan ini, anda juga akan mengalami penghinaan yang terus disengaja selama anda terus memberi,membangun dan memberi manfaat sehingga muncul di permukaan.Mereka tidak pernah berdiam diri mengkritik anda,sehingga anda membuat terowongan di bawah tanah atau tangga ke atas langit,lalu anda melarikan diri dari mereka itu.
Adapun jika anda masih menjalani hidup di kalangan umat manusia,maka tunggulah daripada sikap mereka yang akan membuat anda terganggu,menitiskan air mata,membengkakkan mata dan mengusik kenyenyakan tidur anda.
Mereka bersikap hasad kepada pemuda itu,kerana mereka TIDAK DAPAT MENGHANCURKAN USAHANYA.Oleh itu maka seluruh umat manusia adalah musuh dan lawan baginya.
Sesungguhnya orang yang duduk di atas permukaan bumi tidak akan pernah terjatuh,sementara umat manusia tidak akan pernah mengusir anjing mati.Akan tetapi akan marah padamu,sebab anda telah melebihi dan mengungguli mereka dengan ketakwaan, keilmuan, kesopanan, ataupun harta.
Maka anda menurut pandangan mereka adalah orang yang berdosa, yang tiada taubat bagi anda sehingga anda meninggalkan minat bakat dan anugerah2 Allah telah dilimpahkan kepada anda.Sehingga anda membuang seluruh sikap2 terpuji dan menghilangkan seluruh nilai2 mulia.
Mereka menginginkan bahawa anda tetap berada dalam kebodohan dan ketolololan,kekosongan yang tiada ertinya dan selalu berada dalam kemiskinan.Inilah yang mereka inginkan terhadap dirimu.
Oleh itu,maka BERTAHANLAH, BERSABARLAH TERHADAP PERKATAAN MEREKA,KRITIKAN,CEMUHAN DAN PENGHINAAN MEREKA.Bersikaplah tegas bagaikan gunung Uhud yang tidak dapat digoyahkan oleh sesiapa pun.Jadilah anda bagaikan batu karang yang keras serta meyeramkan,yang mana setiap titisan salju akan pecah berhamburan ketika bersentuhan dengannya.
Jika anda mendengarkan perkataan2 dan cemuhan mereka serta anda melayaninya, maka cita2 dan keinginan murni mereka yang tercapai untuk mengaburkan kehidupan anda dan menghancurkan segala usaha anda.
Sesungguhnya anda tidak akan mampu untuk mengunci mulut mereka.Anda juga tidak akan sanggup menahan lidah2 mereka, akan tetapi anda mampu memendam kritikan mereka dan menjauhi mereka dari senarai pergaulan anda.Anda mesti tidak mempedulikan keadaan mereka serta membuang jauh2 komen mereka.
Allah swt berfirman yang bermaksud
"Katakanlah (kepada mereka):"Matilah kamu kerana kemarahanmu itu"
(Ali-Imran:119)
Jika anda berkeinginan menjadi orang yang dapat diterima di semua kalangan dan disenangi di seluruh masyarakat serta anda selamat daripada segala keaiban di permukaan dunia ini, maka anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil dan anda telah berangan2 dengan suatu yang sangat tidak mungkin diwujudkan.
Hatim seorang pujangga besat Arab berkata dalam sebuah syairnya
"Ungkapan orang yang hasad adalah tanpa dosa yang aku dengar,maka aku katakan kepadanya:Suruhlah,lalu laksanakan padaku.Mereka selalu mencela tentang diriku,sementara diriku sendiri tidak pernah mencela,akan tetapi aku tidak akan pernah menghiraukannya"
Respon anda???
read more "BAGAIMANA MENANGANI KRITIKAN YANG PEDAS?"

TOP

kisah petani siri 3..penyemaian bermula




Pagi tadi kira2 pukul 7.20 pagi kami mula menyemai benih2 cabai ke dalam tapak semaian.ada 50 tapak semaian sebelum ia dipindahkan ke tapak penanaman.dengan bantuan Syakir Zabawi bersama petua2nya dan Shahabudin Md Yatim bersama kepakaran dan ketekunannya,alhamdulillah kerja berjaya disiapkan dengan membawa satu harapan semoga ia tumbuh dan satu matlamat yakni semoga kerja ini diterima sebagai salah satu jalan Mu Ya-Allah!
read more "kisah petani siri 3..penyemaian bermula"

TOP

sambungan kisah si petani siri 2...


Alhamdulillah setakat petang tadi kami telah berjaya menyiapkan pagar untuk tapak penanaman.Esok benih akan mula disemai,insya-Allah.
read more "sambungan kisah si petani siri 2..."

TOP

Result peperiksaan akhir tahun 2008..




Alhamdulillah,secara rasminya result periksa student m3 sudah keluar.Khususnya ana ingin menyentuh result pelajar tingkatan 2 terutamanya pelajar lelaki kerana ana lebih banyak bersama mereka.Apa yang ketara dilihat dari keputusannya,ternyata terdapat jurang yang begitu besar antara kelas2.contoh paling mudah,jika pelajar2 yang mendapat top last dalam kelas pertama,mereka tetap mempunyai 1@2 A, dan subjek lainnya B dan C sahaja.Manakala result bagi top tenth kelas kedua dan ketiga,walaupun mempunyai A,tetapi kebanyakan subjeknya C,D,E.Jadi bayangkan result pelajar2 kelas kedua dan ketiga yang tidak mendapat top tenth?Sangat mengecewakan.Bagi ana tempoh setahun belajar sudah cukup lama untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun ini.


Dan ana teringat sewaktu menjaga periksa kertas B.Arab,masih ada yang tidak reti menulis jawi.Bayangkan jika tidak reti jawi,bagaimana anda ingin menjawab B.Arab.Baca Al-Quran apatah lagi...


Harapnya pada tahub hadapan antum dapat bersatu,banyakkan aktiviti bersama,study bersama dan sama2 berjaya dalam akademik,akhlak dan modal insan,insya-Allah.Ana sentiasa ingat pada antum dan doakan antum....
read more "Result peperiksaan akhir tahun 2008.."

TOP

Sedih rasanya...




















Sangat sedih apabila melihat dorm yang dihuni oleh ahli2nya yang menghafal Al-Quran saban hari meninggalkan dorm untuk pulang bercuti akhir tahun dalam keadaan yang bersepah.Beginikah jiwa antum yang telah disucikan dengan ayat2 Allah?Mana jiwa yang dirasuk dengan keimanan seperti yang diwar2kan selalu?Mana teori,visi dan misi antum?kenapa sehingga ke hujung tahun tidak dijelmakan ke realiti?Kenapa hanya di kertas mahjong...sedih2..




Ana bukanlah mengkritik seolah2 ana tiada kelemahan dan kekurangan,tapi marilah bersama2 merasai tanggungjawab kita.




Memandangkan keadaan huffaz yg semakin 'corrupted',ana sedang merencanakan satu pendekatan,rancangan untuk mengembalikan kegemilangannya.Semoga mampu menjadi realiti pada tahun 2009.




Tepat jam 8.00 malam sehinggalah pkl 9.20ana dan shahabudin mengemaskan aras atas huffaz.Ana paparkan gambar untuk kita menginsafi kekurangan diri lantas mengambil langkah drastik mengubah diri,insya-Allah.




Ini keadaan selepas dikemas....
read more "Sedih rasanya..."

TOP

Apa rasanya menjadi petani?




3 hari yang lepas, ana dengan sahabat ana ni,shahabudin start projek cari duit lebih..hmm,antaranya bertanilah..kami gunakan tanah yang dah berlalang bertahun2 lamanya di belakang huffaz tu untuk tanam cabai.penat juga rasanya bertani ni.baru tanah yang kecik.tapi kesabaran dan keyakinan memang teruji..kadang2 rasa nk stop je.tapi there is no turning back.smoga Allah bantu kami.setakat ni dh siap batas dan tiang untuk pagarkan kawasan.esok nak start semai benih.Nantikan berita seterusnya.Doakan kami semoga berjaya
read more "Apa rasanya menjadi petani?"

TOP

HUFFAZ IN RENOVATION...


Dorm Huffaz sekarang dalam penambahbesaran dan pembaikan dari aspek fizikalnya.

1)Blok Syuja' akan dirombak untuk menjadi bilik waden(bilik ana insya-allah)

2)bahagian tepi huffaz dibesarkan

3)bilik waden dan bilik khassah yang lama akan di'hancur'kan..


HARAPNYA DENGAN PERUBAHAN DAN KEMAJUAN HUFFAZ INI, MAKA TERTINGKATLAH SAMA AKHLAK DAN JATIDIRI PENGHUNINYA PADA TAHUN DEPAN,INSYA-ALLAH

read more "HUFFAZ IN RENOVATION..."

TOP

UJIAN..


Sekarang ana sedang menghadapi final exam...doakan ana.Susah juga kerja sambil belajar ni,tapi insya Allah ana semakin membiasakan diri insya Allah."Ujian adalah tabiyah dari Allah".
read more "UJIAN.."

TOP

Aidiladha di Langkawi




Aidiladha kali ini terasa bagai di perantauan walaupun hakikatnya kami hanya merayakannya di Langkawi.Ana ke sana untuk menolong keluarga Shahabudin menjual kuih raya di samping berjalan2.
read more "Aidiladha di Langkawi"

TOP

MAD'U BARU + 'BONUS' DARI ALLAH

Perkenalan ini cukup ringkas dimulai dengan terjumpa di masjid berhadapan kedai makan char koey teow diikuti perjumpaan seterusnya bersama hadiah dan borang ke program KIBAR dan borang masuk ke MATRI.Tapi jika disetkan niat kerana jalan dakwah,maka Allah akan membantu,insya Allah.Inilah yang ana ingin tekankan.Betapa sebenarnya selepas pertama kali berjumpa,ana terus dan terus berdoa pada Allah untuk membetulkan niat ana dan menunjukkan kami ke jalan yg sebenarnya.Dan alhamdulillah ana dapat rasa bonus dari Allah,selepas beberapa lama bertaaruf dengan dia,rupanya dia wakil perlis bola tampar U-12.Harapan ana semoga kita dapat berjumpa lagi di MATRI pd thn depan dalam rangka untuk kita saling ingat memperingati,insya-Allah.Ana tunggu anta.....
read more "MAD'U BARU + 'BONUS' DARI ALLAH"

TOP

TOUR ujian kemasukan ke MATRI Ting 1 sesi 2009


Ujian dan interview untuk kemasukan ke MATRI bagi pelajar Ting 1 sesi 2009 telah diadakan baru2 ini.Bezanya berbanding tahun2 yang lalu,ianya diadakan secara tour iaitu dari selatan ke utara.1hb di Sek Ren Ghufron(Johor), 2hb di SRIK,KL, 3hb di Pusat Haluan Ipoh,Perak, 4hb di Masjid Seberang Jaya,P.Pinang, 5hb di S.P dan A.Setar dan berakhir di MATRI pada 6hb.
Tour ini menyaksikan penyertaan yang paling ramai dari negeri Perlis dengan kira2 160 org peserta manakala negeri2 lain dengan purata 20-30 org kecuali negeri Perak seramai 9 org sahaja.
Antara yang diuji dan disoal ialah berkaitan hafazan al-Quran, bacaan Al-Quran,jawi dan sejauh minat untuk memasuki MATRI.
Sebagai salah seorang tenaga pemeriksa selain dari Ust Zainudin dan Ust Rijal Faiz, sudah tentu ana mengharapkan agar semua beroleh yang terbaik dan dapat merasai kehidupan tarbawi di MATRI.Semoga yang berjaya dapat menghargai kehidupan yang bakal anda tempuhi di MATRI nanti.Carilah mutiara2 anda.Sediakan hati anda sekarang!!!
read more "TOUR ujian kemasukan ke MATRI Ting 1 sesi 2009"

TOP

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!!




*gambar2 ini ditangkap dengan handphone ana--SONY ERICSSON G900;5 megapixel,PDA,touch screen,wiFi.Belilah...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI DARI ANA,SAIFUL RAHMAN DAN KELUARGA.SEMOGA MADRASAH RAMADHAN YANG BARU BERLALU BENAR2 MEMBERI MANFAAT UNTUK PENINGKATAN IMAN DAN TAQWA KITA INSYA-ALLAH!!!
read more "SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI!!!"

TOP

RAMADHAN KAREEM...

Ruh dan Semangat Ramadhan...
Sejauh manakah semangat kita menyambut bulan ni berbanding kita menyambut Syawal.Moga dengan beberapa nasihat daripada junjungan besar lagi agung dapat meningkatkan semangat kita bagi menerima tetamu, Ramadhan:
1. Ikhlas (murni) untuk Allah SWT dalam segala ibadah yang kita lakukan. Ikhlas untuk Allah SWT adalah ruh segala ketaatan, kunci agar segala kebaikan diterima di sisi-Nya serta pintu bagi pertolongan dan taufiq Tuhan semesta alam. Sesuai dengan kadar niat, keikhlasan dan kesungguhan terhadap Allah SWT dan dalam mengingatkan pelbagai kebaikan, sesuai kadar itu pula pertolongan Allah SWT datang kepada seorang hambanya yang beriman. Ibnu al-Qayyim berkata: “Sesuai dengan kadar niat seorang hamba, kehendak dan keinginannya dalam hal itu, seperti itu pula taufiq Allah SWT dan pertolongan-Nya”.
Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk ikhlas dalam beramal, untuk Dia semata,tidak untuk sesiapa pun selain-Nya seperti dalam surah al-Bayyinah ayat 5."Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus. "(Q.S. Al-Bayyinah: 5).
Jika seseorang yang sedang berpuasa mengetahui bahwa ikhlas adalah pintu bagi pertolongan dan taufiq Allah SWT, maka hal ini akan menjadi motivasi yang sangat baik baginya untuk melakukan segala bentuk ketaatan kepada Allah SWT dengan optimum{(Puasa + Ikhlas untuk Allah) = semangat dan motivasi tinggi}
2. Mengetahui bahawa nabi Muhammad -shallallahu 'alaihi wa sallam- setiap menjelang kedatangan bulan Ramadhan selalu memberi berita gembira kepada para sahabatnya. Hal ini menunjukkan bahawa Ramadhan adalah bulan yang agung, dan agung pula setiap usaha untuk melakukan perbagai bentuk ketaatan dan ibadah secara optimum. Disebutjab dalam satu riwayat bahawa:“ Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, Allah telah wajibkan atas kalian puasa disiang harinya. (H.R. Ahmad).
3. Merasakan pahala yang agung yang telah Allah SWT siapkan untuk orang-orang yang berpuasa. Diantaranya adalah:
a. Bahwa pahala orang yang berpuasa sangatlah besat, saking besarnya, tidak ada siapa pun yang mengetahuinya selain Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam sebuah hadits qudsi:"Semua amal manusia adalah miliknya, kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah milik- Ku dan Aku yang akan memberikan balasannya (H.R. Bukhari).
b. Siapa yang berpuasa satu hari fi sabilillah, maka ia akan dijauhkan dari neraka sejauh 70 tahun. Ini ganjaran satu hari, bagaimana kalau satu bulan penuh?! Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:Dari Abu Sa'id Al-Khudri -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: “ Saya mendengar Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: 'Siapa yang berpuasa satu hari fi sabilillah maka Allah SWT akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun'”. (Muttafaqun 'alaih).
c. Puasa akan memberi syafaat kepada yang melakukannya sehingga ia akan memasukkannya ke dalam syurga.Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: Dari Abdullah bin 'Amr -radhiyallahu 'anhu- bahwasanya Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Puasa dan Al-Qur'an memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat, puasa berkata: “Wahai Tuhanku! Saya telah mencegahnya dari makan dan syahwat di siang hari, oleh kerana itu terimalah syafaat saya untuknya!” . Lalu Al-QUr'an berkata: “Wahai Tuhanku, saya telah mencegahnya dari tidur di malam hari, oleh karena itu, terimalah syafaat saya untuknya!” . Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: “ Lalu syafaat keduanya diterima Allah SWT” . (H.R. Ahmad).
d. Di dalam syurga ada satu pintu yang bernama Al-Rayyan, pintu ini hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: Dari Sahl -radhiyallahu 'anhu dari nabi Muhammad -shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda: “ Sesungguhnya di syurga ada satu pintu bernama Al-Rayyan, dari pintu ini akan masuk orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak ada siapapun selain mereka yang akan memasuki pintu ini, dikatakan (diserukan): Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang memasuki pintu ini, jika orang-orang yang berpuasa telah masuk, maka pintu itu ditutup, sehingga tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya”. (Muttafaqun 'alaih).
e. Puasa Ramadhan menghapus dosa-dosa yang telah berlalu. Rasulullah -shallallahu'alaihi wa salam- bersabda:Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: “ Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: 'Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala di sisi Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampuni'”. (Muttafaqun 'alaih).
Dalam hadits lain Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- berkata: “ Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus-penghapus dosa di antara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi'” . (H.R. Muslim).
f. Pada bulan Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan akan dibelenggu.
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- bahwasanya Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: “ Jika datang bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka dibuka dan syaitan-syaitan dibelenggu” . (H.R. Muslim).
g. Doa orang yang berpuasa bulan Ramadhan dimakbulkan Allah SWT.Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: “ Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: 'Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak; orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, Imam yang adil, dan doa orang yang dizalimi akan diangkat Allah SWT di atas awan dan dibuka untuknya pintu-pintu langit, dan Allah SWT berfirman: 'Demi izzahku, sungguh Aku akan mennolongmu walaupun setelah beberapa saat'” . (H. R. Ahmad dan At-Tirmidzi, dan ia berkata: “Hadits ini hasan”.
Setelah kita ketahui betapa besar pahala yang Allah SWT sediakan bagi orang-orang yang berpuasa, maka tidak ada pilihan lain bagi kita selain membangun motivasi dan semangat untuk mengisi siang dan malam hari Ramadhan dengan pelbagai amalan soleh dan segala bentuk ketaatan.
4. Mengetahui bahwa di antara petunjuk Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam memperbanyak pelbagai bentuk ibadah.
Contoh yang diberikan Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bahwa beliau mengkhususkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah, sesuatu yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan lainnya. Jika kita mengetahui bahwa beliau -shallallahu 'alaihi wa sallam memperbanyakkan pelbagai ibadah pada bulan ini, maka kita akan bersemangat untuk memperbanyak ibadah dalam rangka mencontoh dan meneladani beliau -shallallahu 'alaihi wa sallam.Allah SWT berfirman:"Sungguh telah ada pada diri Rasulullah teladan yang baik." (Q.S. Al-Ahzab: 21).
5. Memahami dengan baik keberkatan-keberkatan yang ada di bulan Ramadhan.
a. Keberkatan rasa keimanan. Hal ini dapat kita saksikan betapa pada bulan ini seorang mukmin dilihat sangat kuat keimanannya, hatinya hidup, selalu tafakkur, dan cepat ingat dan sedar. Hal ini tentunya merupakan sebahagian daripada pemberian Allah SWT yang dilimpahkan kepada para hamba-Nya. Jika kita merasakan adanya keberkatan ini tentulah kita akan termotivasi dan meningkat semangat kita untukberibadah.
b. Keberkatan kekuatan fizikal. Ketika seseorang berpuasa, walaupun ia tidak makan dan minum, namun sebenarnya kekuatan fizikalnya sedang bertambah, sehingga akan terasa ringan baginya untuk menjalankan berbagai ibadah, baik berupa solat, zikir, membaca Al-Qur'an, tarawih dan sebagainya.
c. Keberkatan waktu. Ketika kita berada di bulan Ramadhan, dalam satu hari satu malam kita mampu melakukan pelbagai ibadah yang jika diukur secara kuantitatif mungkin sesuatu yang baru yang boleh kita lakukan dalam beberapa hari di luar Ramadhan. Hal ini adalah tanda keberkatan waktu yang Allah SWT berikan kepada para hamba-Nya di bulan Ramadhan. Jika kita menyedari hal ini pastilah akan termotivasi untuk memperbanyak amal ibadah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
6. Memahami karakteristik-karakteristik Ramadhan, diantaranya adalah:
a. Bau tidak sedap yang keluar dari mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT adalah lebih baik dari pada minyak misk.Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda:Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- dari nabi -shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda: “ Semua amal manusia adalah miliknya, kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah milik-Ku dan Aku yang akan memberikan balasannya, dan sungguh, bau tidak sedap mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT lebih wangi dari pada parfum misik (H.R. Bukhari).
Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata: “Orang yang berpuasa pastilah mulutnya akan mengeluarkan bau yang tidak sedap bagi manusia, sebab perutnya sedang kosong, akan tetapi, karena hal ini terjadi dalam rangka taat kepada Allah SWT, maka di sisi Allah SWT adalah lebih wangi daripada bau misk, sama halnya dengan darah orang yang mati syahid, pada hari kiamat ia akan menghadap Allah SWT dengan luka-luka yang dideritanya, warnanya warna darah, namun bau yang dikeluarkannya lebih wangi daripada minyak misk”. (Lathaiful Ma'arif, h. 277).Lebih lanjut Ibnu Rajab menjelaskan:"Bau wangi mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT itu mempunyai dua erti, iaitu:
(1) Puasa adalah sesuatu yang rahsia antara seorang hamba dengan Allah SWT di dunia, maka di akhirat Allah SWT akan menampakkannya secara terbuka di hadapan semua makhluk.
(2) Siapa saja yang taat kepada Allah SWT, lalu dari ketaatannya ini muncul hal-hal yang oleh manusia tidak disukai, maka sesungguhnya segala hal yang muncul darinya yang tidak disukai manusia itu adalah sesuatu yang disukai Allah SWT di akhirat”. (Lathaiful Ma'arif dengan diringkas).
b. Setiap hari para malaikat memintakan pengampunan bagi orang-orang yang berpuasa.
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- beliau bersabda: “ Pada bulan Ramadhan umatku diberi lima hal yang tidak pernah diberikan kepada umat sebelumnya; bau tidak sedap mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada minyak misk, para malaikat memohon pengampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka, setiap hari Allah SWT mempercantikkan syurga, kemudian berfirman: “ Hampir-hampir para hambaKu yang soleh mendapati pelbagai beban dan rasa sakit, dan akhirnya mereka sampai kepadamu (syurga), para syaitan dibelenggu, sehingga mereka tidak mampu mencapai sesuatu yang di luar Ramadhan mereka mampu mencapainya, dan pada akhir Ramadhan Allah SWT memberikan pengampunan, ditanyakan kepada Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- apakah malam yang dimaksud adalah lailatul qadar? Baginda -shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: Bukan, akan tetapi, setiap pekerja jika telah menyelesaikan kerjanya niscaya akan diberikan upahnya secara penuh” . (H. R. Ahmad).
c. Setiap hari syurga berhias dan mempercantik diri dalam rangka menyambut kedatangan orang-orang yang berpuasa.
d. Pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.
e. Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, siapa saja yang mendapatkannya bererti ia telah mendapatkan segala kebaikan dan siapa yang terhalang untuk mendapatkannya bererti ia benar-benar orang yang terhalang dari segala kebaikan.
Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: “ Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: “ Telah datang kepada kalian Ramadhan, bulan yang membawa berkah, Allah SWT telah mewajibkan puasa pada siang harinya, pintu-pintu syurga di buka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu, pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya bererti benar-benar terhalang” . (H.R. An-Nasa-i).
f. Pada malam terakhir Ramadhan, Allah SWT memberikan pengampunan kepada orang-orang yang berpuasa.
g. Pada setiap malam Ramadhan ada orang-orang yang dibebaskan Allah SWT dari neraka.Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda:
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- ia berkata: “ Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda: 'Jika awal Ramadhan tiba, syaitan-syaitan dan jin-jin pembangkang dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, sehingga tidak satu pun pintu yang dibuka, dan pintu-pintu syurga dibuka, sehingga tidak satu pun ditutup, dan ada seorang penyeru berkumandang: 'Wahai para pencari kebaikan, silakan datang dan wahai pencari keburukan silakan surut, dan Allah SWT mempunyai orang-orang yang dimerdekakan dari neraka, dan hal ini terjadi pada setiap malam'” . (H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
7. Merasakan bahwa ibadah puasa adalah ibadah yang khas, sebab ia menjadi milik Allah SWT dan Dia-lah yang akan memberikan pahalanya kepada kita setelah kita berada di syurga.Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda:
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu- dari nabi -shallallahu 'alaihi wa sallam- beliau bersabda: “ Semua amal manusia adalah miliknya, kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah milik-Ku dan Aku yang akan memberikan balasannya, dan sungguh, bau tidak sedap mulut orang yang berpuasa di sisi Allah SWT lebih wangi dari pada parfum misik (H.R. Bukhari).
8. Mengetahui tingkat kesungguhan para sahabat -radhiyallahu 'anhum- dan salaf shalih dalam meningkatkan ibadah dan segala bentuk ketaatan pada bulan Ramadhan ini.Pada bulan yang mulia ini para sahabat nabi berlumba-lumba dalam melakukan pelbagai kebaikan, baik dalam bentuk shalat malam, tilawatil Qur'an, membantu fakir miskin, memberi buka kepada orang-orang yang berpuasa dan bahkan berjihad fi sabililllah.
9. Mengetahui bahawa ibadah puasa akan memberi syafaat kepada yang melakukannya. Sebagaimana telah dijelaskan dalam pembahasan keutamaan-keutamaan puasa Ramadhan.
10. Mengetahui bahwa bulan Ramadhan dalah syahrul Qur'an dan syahrush-shabr (bulan Al-Qur'an dan bulan kesabaran).Dengan mengetahui keistimewaan-keistimewaan ini, nescaya akan terbangun semangat dan motivasi kita untuk memperbanyak ibadah pada bulan yang mulia ini.Allah SWT berfirman:"Dan pada yang demikian ini hendaklah orang-orang saling berlumba-lumba"(Q.S. Al-Muthaffifin: 26).
Semoga Allah SWT berikan taufiq, hidayah dan kekuatan kepada kita semua untuk memaksimakan bulan Ramadhan tahun ini, dan semoga kita semua diberi kesempatan untukbertemu Ramadhan ba'da Ramadhan dalam keadaan yang terbaik, amin.
read more "RAMADHAN KAREEM..."

TOP

Menyambung kembali apa yang telah terputus


Alhamdulillah, hari ini 06/09/08 (8.00-2.30 pm) bermulalah kehidupan ana kembali sebagai seorang mahasiswa...menyambung kembali pelajaran yang telah sekian lama ditinggalkan secara jarak jauh(e-learning) di OUM >>open university malaysia. dalam course BEME (Bachelor of Education-Mechanical Engineering)


Course ni agak special kerana selepas pengajian, kita boleh memilih sama ada untuk menjadi murabbi atau engineer.Kire double degree la ni.


Doakan ana iltizam dan ini sebagai salah satu wasilah untuk meningkatkan martabat Islam yang kian hari dicalari...insya-Allah
read more "Menyambung kembali apa yang telah terputus"

TOP

Selamat berjuang sahabat2ku...






02/09/08 ,03.00 am waktu malaysia

6 org pelajar MATRI(marhallah khassah 2) berlepas ke Jordan

dengan matlamat menjadi duta Islam dan Matri,i'allah

menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah-perbankan,usuluddin,syariah

Semoga pergi nya kalian membuka satu peluang lg untuk menyebarkan Islam

Tahniah buat saudara Dzofir, Anas Abd Hadi, Usamah Baderol Allam, Mohd Hilal Asyraf bin Abd Razak, Ammar bin Ismail, syed Mazlan dan Saudara Sahel bin Nordin yg akan bertolak pada 09hb ini.


Bertemu dan berpisah kerana Allah,pasti ada hikmah yang tersembunyi,insya-Allah
read more "Selamat berjuang sahabat2ku..."

TOP

Alhamdulillah...sekali lagi


JOHAN LARIAN MATRI KATEGORI STAF 2008


Alhamdulillah ini merupakan tahun kedua ana mendapat johan larian m3 bagi kategori staf.

Segala puji dan syukur bagi Allah.Ini rahmat-Nya dan ujian-Nya.Semoga kejayaan ini adalah untuk pembangunan diri dan Islam dan berterusan.

Cuma apa yg ingin dikomentarkan di sini ialah tentang kurangnya kesedaran pelajar terutamanya tentang objektif pertandingan ini.Kehambaran penyertaan tahun ini terasa sekali,mungkin pelbagai faktor menghimpit tapi yang nyatanya kepekaan pelajar sebagai daie semakin berkurangan.Tidak merasakan program ini sebahagian dari tuntutan.


Kita berlari bukanlah seperti orang biasa berlari yang hanya ingin mengejar kejayaan, tempat pertama dan kedudukan di mata masyarakat.Tidak!Tetapi kita mempunyai visi dan misi tersendiri di sebalik tentatif program itu,Anda tahu apa objektifnya, ana pun tahu.Jadi tak perlulah ana huraikan lagi.Muhasabah kembali...
read more "Alhamdulillah...sekali lagi"

TOP

Kursus Warden




Pada 21-23/08/08 telah berlangsung satu seminar-SEMINAR INSTITUSI PENDIDIKAN HALUAN yang mengumpulkan pesertanya dari kalangan guru besar@mudir, pen kanan HEM dan warden2 dari semua sekolah HALUAN. di Kolej Mara Kulim.Kursus ini adalah anjuran HALUAN dan APEL yang bertujuan mengkaji dan membincangkan semula. misi, visi, pelaksanaan, modul, schedule dan masalah2 yang dihadapi di setiap sekolah dan penyelesaiannya.Dengan adanya seminar seperti ini akan mampu meningkatkan kredit pendidikan kita dari semua sudut yang syar'ie.


read more "Kursus Warden"

TOP

Surprise on my birthday!!!


Empat hari selepas 2dekad ialah hari jadi ana yang ke-22.......29 mei..tapi seperti biasala ana buat x kisah jer sebab memang x pernah diajar menyambut birthday dari kecil lg.kalau ada pun, hanya sahabt2 satu batch dan org2 yg ingat ana akan sms wish pada ana....yg tu je..

Tapi alhamdulillah tahun ini Allah bagi kelainan skit...birthday ana diraikan oleh seseorang yang amat ana kasihi, hormati dan kagumi.Dialah mentor ana.yang banyak memberi tunjuk ajar tentanfgkehidupan di m3 sebagai seorang pendidik,warden dan coach.Dialah sang murabbiku...UST MAHADZIR.


Ust, terima kasih untuk segalanya.Semoga Allah merahmati hidupmu.Doakan ana selalu sahabat2.Dengan meningkatnya umur ini, bertambah masuliyah.harapnya agar ana x ter'jatuh' dari landasan ini, dan jika terjatuh sekalipun, mampu bangun kembali,insya-Allah.

read more "Surprise on my birthday!!!"

TOP

SAMBUTAN 2 DEKAD M3


Alhamdulillah, pada 23-25 Mei lalu, Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah telah mengadakan sambutan 2 dekad sempena 20 tahun ia beroperasi sebagai pusat mendidik jiwa dan hati manusia,bertemakan KESINAMBUNGAN TARBIYAH TERAS GENERASI BERWAWASAN.


Sambutan ini dilihat sebagai satu post mortem bagi menilai segala kekuatan dan kelemahan sepanjang tempoh 20 tahun MATRI,menarik kembali bekas pelajar2nya untuk mengimbau segala kenangan dan apa yang telah didapati d MATRI serta sebagai satu usaha untuk menghubungkan semula pelbagai generasi.


Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran badan beruniform, pertandingan roket, jualan gerai, penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang, ucapan wakil menteri besar serta amanat Mudir.


Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa2 akan datang, insya-Allah.Dan semoga segala resolusi dapat diterjemahkan menjadi realiti.Amin.
read more "SAMBUTAN 2 DEKAD M3"

TOP

bagaimana menangani mereka???

Assalamualaikum, post kali ini lebih pada perbincangan bersama.moga kita dapat berkongsi sesuatu yang baik dan diredhai Allah.
Alhamdulillah thn ini merupakan thn pertama secara rasminya ana menjadi guru di sebuah sekolah.Sekolah ini tidak dinafikan akhlak pelajarnya adalah yang terbaik di dalam dunia bak kata sir Abdoh jika dibandingkan dengan sekolah lain.Namun ia bukanlah bermaksud yang paling baik itu adalah sempurna.Masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang cuba mengadaptasikan manhaj dari luar dan dikhuatiri golongan ini semakin seronok 'membiak'.
Ana bukanlah seorang yang professional apatah lagi berpengalaman mengendalikan pelajar bermasalah.Inilah tahun pertama ana yang penuh dengan ujian Allah(bukti kasih-Nya).
Merokok, bercouple, bertumbuk sehingga berdarah kepala, fly menggunakan nama ana, sms plajar puteri, pelajar 'songsang' ,wujudnya geng di kalangan form2, waden hampir2 disaman dan banyak lagi

Apa yang sebenarnya mereka inginkan???
Bolehkah antum jawab pada ana dengan mengenepikan perasaan marah pada mereka terlebih dahulu....

kadang2 jiwa ini lemah kerana setiap hari berhadapan dengan kes2 sebegitu...letih
tapi ana teringat kata2 mentor ana, UST MAHADZIR, bahawa kita kena rasa ini mungkin satu2nya bekalan kita,..maka kalau kita tidak mendidik mereka, mungkin kita tiada bekalan lagi untuk pulang menghadap Allah.
Kata2 inilah yang selalu meningkatkan jiddiyah ana.
Doakan ana di jalan ini sahabat2...bersama anak2 didikku
read more "bagaimana menangani mereka???"

TOP

Kemenangan yang dilewatkan oleh Allah swt!!!



Alhamdulillah pada 12 Mei 2008, pasukan BOLA TAMPAR MATRI telah mendapat johan dalam kategori lelaki U-18 setelah hampir 8 tahun hanya mendapat naib johan.Sesungguhnya kemenangan ini adalah kemenangan yang dinanti2kan.Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun2 akan datang walaupun dengan kehadiran pemain2 baru.Semoga kita sama2 merasai bahawa ini adalah salah satu bekalan kita, dan medan kita..

Sekalung tahniah diucapkan pada


PENGURUS PASUKAN : UST MAHADZIR MUHAMMAD

JURULATIH : CIKGU SAIFUL RAHMAN BIN CHE ANI

PEN JURULATIH : MOHD SAHEL BIN NORDIN

ABG2 PLM YG MEMBANTU : NU'MAN(BOR)

MEOR MUHAYMIN

IKHWAN ROSLI

IKRIMAH HUSNI

RAJA M.AZMAN

AKHYAR AHMAD FARID

BARISAN PEMAIN : HILAL ASYRAF BIN ABD RAZAK

MEOR ABD RAHIM BIN MAHAMAT POZI

MOHD ZULKARNAIN BIN AHMAD

ABD QAHAR S/O ABD WAHAB

AHMAD RIDHWAN MOHD ZAIN

MOHD WAFIY AKMAL BIN KHADRI

MOHD NAJMI BIN MAHYIDDIN

OMAR BIN ABDULLAH

FITRI BIN AMRON

ABDULLAH FARHAN BIN HASHIM

AHMAD RAMADHAN BIN YUSOFF

AHMAD IHSAN BIN ROSLI

"kemenangan dilewatkan oleh Allah swt agar seseorang individu dapat mencurahkan sepenuh kudrat dalam mencapai kejayaan. Oleh itu setelah dicurahkan segala kekuatan dan keupayaan, maka barulah Allah memberi pertolongan.Kemenangan itu bukanlah bagai mengharapkan bulan jatuh ke riba tetapi memerlukan pengorbanan dari semua aspek sepenuhnya.Jika terdapat perkara sampingan yang kurang penting diutamakan, maka kejayaan utama tidak akan diutamakan"



read more "Kemenangan yang dilewatkan oleh Allah swt!!!"

TOP

VT MATRI JOHAN!!!

Alhamdulillah setelah 8 tahun mencuba dan berada di takuk kedua, pada tahun ini pasukan bola tampar MATRI berjaya memecahkan tradisi tersebut..

Tahniah dan terima kasih diucapkan pada

Manager : Ust Mahadzir Muhammad

Coach : Saiful Rahman bin che ani

Trainee : Ridhwan, zulkarnain, meor, qahar, hilal,najmi,farhan, wafiy,yasin, ramadhan, ihsan
read more "VT MATRI JOHAN!!!"