RSS Feed
TOP

bagaimana menangani mereka???

Assalamualaikum, post kali ini lebih pada perbincangan bersama.moga kita dapat berkongsi sesuatu yang baik dan diredhai Allah.
Alhamdulillah thn ini merupakan thn pertama secara rasminya ana menjadi guru di sebuah sekolah.Sekolah ini tidak dinafikan akhlak pelajarnya adalah yang terbaik di dalam dunia bak kata sir Abdoh jika dibandingkan dengan sekolah lain.Namun ia bukanlah bermaksud yang paling baik itu adalah sempurna.Masih terdapat sebilangan kecil pelajar yang cuba mengadaptasikan manhaj dari luar dan dikhuatiri golongan ini semakin seronok 'membiak'.
Ana bukanlah seorang yang professional apatah lagi berpengalaman mengendalikan pelajar bermasalah.Inilah tahun pertama ana yang penuh dengan ujian Allah(bukti kasih-Nya).
Merokok, bercouple, bertumbuk sehingga berdarah kepala, fly menggunakan nama ana, sms plajar puteri, pelajar 'songsang' ,wujudnya geng di kalangan form2, waden hampir2 disaman dan banyak lagi

Apa yang sebenarnya mereka inginkan???
Bolehkah antum jawab pada ana dengan mengenepikan perasaan marah pada mereka terlebih dahulu....

kadang2 jiwa ini lemah kerana setiap hari berhadapan dengan kes2 sebegitu...letih
tapi ana teringat kata2 mentor ana, UST MAHADZIR, bahawa kita kena rasa ini mungkin satu2nya bekalan kita,..maka kalau kita tidak mendidik mereka, mungkin kita tiada bekalan lagi untuk pulang menghadap Allah.
Kata2 inilah yang selalu meningkatkan jiddiyah ana.
Doakan ana di jalan ini sahabat2...bersama anak2 didikku

0 comments: