RSS Feed
TOP

SAMBUTAN 2 DEKAD M3


Alhamdulillah, pada 23-25 Mei lalu, Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah telah mengadakan sambutan 2 dekad sempena 20 tahun ia beroperasi sebagai pusat mendidik jiwa dan hati manusia,bertemakan KESINAMBUNGAN TARBIYAH TERAS GENERASI BERWAWASAN.


Sambutan ini dilihat sebagai satu post mortem bagi menilai segala kekuatan dan kelemahan sepanjang tempoh 20 tahun MATRI,menarik kembali bekas pelajar2nya untuk mengimbau segala kenangan dan apa yang telah didapati d MATRI serta sebagai satu usaha untuk menghubungkan semula pelbagai generasi.


Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran badan beruniform, pertandingan roket, jualan gerai, penyampaian hadiah bagi pelajar cemerlang, ucapan wakil menteri besar serta amanat Mudir.


Semoga usaha yang baik ini dapat diteruskan lagi pada masa2 akan datang, insya-Allah.Dan semoga segala resolusi dapat diterjemahkan menjadi realiti.Amin.

0 comments: