RSS Feed
TOP

Alhamdulillah...sekali lagi


JOHAN LARIAN MATRI KATEGORI STAF 2008


Alhamdulillah ini merupakan tahun kedua ana mendapat johan larian m3 bagi kategori staf.

Segala puji dan syukur bagi Allah.Ini rahmat-Nya dan ujian-Nya.Semoga kejayaan ini adalah untuk pembangunan diri dan Islam dan berterusan.

Cuma apa yg ingin dikomentarkan di sini ialah tentang kurangnya kesedaran pelajar terutamanya tentang objektif pertandingan ini.Kehambaran penyertaan tahun ini terasa sekali,mungkin pelbagai faktor menghimpit tapi yang nyatanya kepekaan pelajar sebagai daie semakin berkurangan.Tidak merasakan program ini sebahagian dari tuntutan.


Kita berlari bukanlah seperti orang biasa berlari yang hanya ingin mengejar kejayaan, tempat pertama dan kedudukan di mata masyarakat.Tidak!Tetapi kita mempunyai visi dan misi tersendiri di sebalik tentatif program itu,Anda tahu apa objektifnya, ana pun tahu.Jadi tak perlulah ana huraikan lagi.Muhasabah kembali...

0 comments: