RSS Feed
TOP

Sedih rasanya...




















Sangat sedih apabila melihat dorm yang dihuni oleh ahli2nya yang menghafal Al-Quran saban hari meninggalkan dorm untuk pulang bercuti akhir tahun dalam keadaan yang bersepah.Beginikah jiwa antum yang telah disucikan dengan ayat2 Allah?Mana jiwa yang dirasuk dengan keimanan seperti yang diwar2kan selalu?Mana teori,visi dan misi antum?kenapa sehingga ke hujung tahun tidak dijelmakan ke realiti?Kenapa hanya di kertas mahjong...sedih2..




Ana bukanlah mengkritik seolah2 ana tiada kelemahan dan kekurangan,tapi marilah bersama2 merasai tanggungjawab kita.




Memandangkan keadaan huffaz yg semakin 'corrupted',ana sedang merencanakan satu pendekatan,rancangan untuk mengembalikan kegemilangannya.Semoga mampu menjadi realiti pada tahun 2009.




Tepat jam 8.00 malam sehinggalah pkl 9.20ana dan shahabudin mengemaskan aras atas huffaz.Ana paparkan gambar untuk kita menginsafi kekurangan diri lantas mengambil langkah drastik mengubah diri,insya-Allah.




Ini keadaan selepas dikemas....

2 comments:

  1. alhamdulillah..

    huffaz dapat warden baru...
    ana memang kenal ngn warden baru nih...
    bagus die ni..
    rajin..
    berkaliber..
    penuh idea etc..
    haa!! pakcik2 n makcik2
    bolehla kalau nk wat menantu...hihi
    sepol..jangn marah..
    lawak ja..hihi

    nnt ana leh tolong nta..insya Allah
    Alhamdulillah..
    sem ni result ana membanggakan..
    mgkn berkat doa nta n shbt2
    syukran jazilan..

  1. alhamdulillah...

    lega ana ada saiful...

    semoga ALLAH kembalikan kegemilangan huffaz ni...

    akhirnya ALLAH jawab juga doa-doa ana dengan memberikan warden yang baik cam nta...

    taklah dok terfikir2 sangat masa depan huffaz ni...

    ana minta maaf sebab memang tak buat apa-apa since 2007 untuk huffaz. Ana berhenti bila banyak tekanan, dan rasa ignorance orang yang melampau. tambahan, ana kan masuk khassah, kira macam datang semula la. JAdi tak sedap kalau sibuk dalam pengurusan dorm, sebab adik2 akan rasa kita nak take over. Jadi ana membiarkan sahaja, sambil bantu2 sket apa yang patut.

    Huffaz ni terpencil... jauh dari orang lain... kadang-kadang bila kita buat sesuatu untuk Huffaz, orang lain akan caci sahaja sebab tak faham.... Susah duduk huffaz ni sebenarnya. Kegemilangan Huffaz, kebersihannya, ahli2nya yang bagus, pada tahun 2005 dan 2006, harap itu semua dapat dikembalikan.

    ana sentiasa berdoa agar dapat warden yang prihatin, sentiasa bersama, check hafalan pelajar, jaga kebersihan dorm, dan semuanya. Budak2 Huffaz biasanya ada potensi luar biasa, sebab duk Huffaz ni susah sket.

    Saiful...
    harapnya nta boleh buat terbaik..
    (kalau bleh, kahwin la lewat sket... he he.. tak pun beli umah umair azhar tu, duk sebelah huffaz)

    Semoga ALLAH kuatkan nta saiful...
    tinggi harapan ana ni...


    -tersentuh bila nta tulis, Huffaz yang makin corrupted tu-

    ha ha...

    uhibbukafillah