Maafkan saya kerana sudah lama tidak post sesuatu berharga berkaitan MATRI kerana kesibukan sebagai pelajar,guru,waden,coach yang sedikit sebanyak mengekang masa saya.Benarlah kata-kata Imam Hassan Al-Banna bahawa tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.Walaubagaimanapun saya akan cuba mengatasinya inysa Allah.
Kali ini saya paparkan dua suara dan wajah adik-adik tingkatan 1 MATRI yang mempunyai bakat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang Al-Quran jika terus dilatih.Barangkali saudara Anas Abd Hadi perlu pulang sekejap nanti untuk membantu,insya Allah.Kedua-duanya berasal dari Negeri Perak.
Adik yang pertama ialah Mohd Fahmi b.Ibrahim(adik kpd Rahimi dan Syahmi Ibrahim).Dengan keputusan UPSR 4A1B,beliau menyimpan cita-cita menjadi doktor haiwan.
Kedua,adik Abdullah Husaini b.Jamalluddin,UPSR 5A,bercita-cita menjadi pendakwah.
Adik Fahmi pernah menjadi naib johan(2007) dan Johan(2008) peringkat Zon 4 Negeri Perak dan mendapat tempat keempat pada peringkat antara Zon(2008).
Manakala adik Husaini pula naib Johan(2005),dan Johan(2006 dan 2007)peringkat Zon Taiping.Manakala di peringkat Daerah pula,nasib pernah menyebelahinya apabila muncul Naib Johan.

inilah Fahmi

ini pula Husaini

merenung masa hadapan..
Mari dengar suara adik FahmiMari dengar suara adik Husaini
read more "PELAJAR MATRI MASUK AKADEMI AL-QURAN(AQ)???"