RSS Feed
TOP

JOHAN!!!

Alhamdulillah rasanya sudah lama saya tak menulis di blog ini.barangkali kerana kesibukan dalam hal yang lain.mungkin kali ini ada kekuatan kerana petang kelmarin Allah sekali lagi memberikan MATRI VT BWH 16 TAHUN untuk muncul JOHAN dalam KARNIVAL BOLA TAMPAR MSSPS 2009 setelah menewaskan SMK SYED ALWI di peringkat separuh akhir dan SMK DATO' JAAFAR HASSAN di FINAL.Semoga kejayaan ini adalah untuk ISLAM dan menjadi berita gembira bagi mereka yang mencintai ISLAM!!!.Empat pemain telah dipilih mewakili pasukan negeri PERLIS
1)AHMAD RAMDHAN B.YUSUF
2)AHMAD IHSAN ROSLI
3)UMAR BASYIR
4)MOHD IZAREEF B. ARIFFIN

Rasa syukur yang tidak terhingga bukan saja kerana mendapat johan,tetapi kerana berjaya mengatasi masalah utama pasukan iaitu ketenangan.RAHSIA nya ialah
"Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang".
Atau bahasa singkatan bagi pelajar MATRI ialah HDA(HUBUNGAN DENGAN ALLAH).

Rupanya hikmah tersembunyi di sebalik kegagalan mempertahankan gelaran JOHAN BAWAH 18 TAHUN pada bulan MEI ialah Allah ingin menunjukkan pada saya bahawa masalah utama pasukan ialah ketidaktenangan hati,dan ia telah berjaya diatasi.Benarlah apa yang diungkapkan oleh Dr Abdullah 'Aidh Al-Qarni dalam bukunya "MENJADI MANUSIA PINTAR-CERDAS" iaitu "Setiap kesusahan pasti diiringi kesenangan".

Smoga kejayaan ini menjadi inspirasi atau pemangkin untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.

Bersama-sama entry ini dipaparkan gambar2 kejayaan kelmarin.ALHAMDULILLAH!

COACH HUSSAM.

5 comments:

  1. tahniah r coach.

    semoga kejayaan ini menjadi tangga2 kepada kejayaan yang akan datang,

    Ana dan sahel di perantauan ni tumpang gembira.

    Semoga lebih sukses.

    Benar, ketenangan, itu kunci kejayaan.

    ~seorang hamba...

    Hilal Asyraf

  1. JAZAKALLAH
    SEMOGA KELUARGA VT DI SANA JUGA SUKSES HENDAKNYA.

  1. hahahaha akhirnya menang jugak hampa no... baguih2.. teruskan usaha, n kalau ada masa, mailah lawan ngan owg mesiq, kami dah terer ni,... wakakakakaka

  1. kami nk lawan dgn antapa dh
    tp dh lari blk mesir dulu
    nk buat mcm mana
    hehe

  1. abg Shah ckp jewk lebey,,,,maen x eti pown,,,,huhu,,,,
    klaw lwn ngn org mesir,,abg bkn nk maen pown,,,jdi tukang sorak jewk,,,wt pew,,,,huhuhu