RSS Feed
TOP

Perkembangan Prasrana MATRI

'turf' hoki MATRI;di sebelahnya tapak tapak dwifungsi(bas dan gelanggang bola tampar)
KIOSK baru-khas untuk pelajar putera
pejabat asrama pun baru
mesin BIO-PURE,air dijamin bersih.ada di setiap asrama
mesin water cooler pun ada.




Setiap tahun MATRI semakin gah dari sudut infrastruktur dan kemudahannya.Terutamanya tahun ini.Di bawah seliaan Guru Pen Kanan Pembangunan yang baru iaitu Ust Mahadzir Mohammad,perkembangan ini dilihat semakin positif.Dimulakan dengan projek AJRUN(AMAL JARIAH UNTUK UMUM) FASA 1,projek ini menuntut kepada bangunan kelas 4 tingkat yang baru.AJRUN ini bakal memakan masa satu dekad dengan tiga buah bangunan kelas bertingkat,sebuah dewan kuliah,dewan perhimpunan,asrama puteri dan putera dan dua buah rumah waden dengan kos sebanyak RM 7 juta.Manakala AJRUN fasa 1 menelan belanja kira-kira RM 1.5 juta.Berpaksikan pada ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah:261
"Perumpamaan(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,setiap tangkai pula mengandungi seratus biji.Dan(ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas kurnia dan ilmuNya"

Diikuti dengan projek INFAQ RAMADHAN UNTUK SENGGARA MATRI 2010 pada bulan Ramdhan lepas.Dan seterusnya penyediaan tapak dwifungsi; fungsi pertama sebagai parkir bas,dan gelanggang bola tampar.Turut disediakan bersebelahan tapak itu,gelanggang mini hoki atau street soccer.

Semoga ini menjadi salah satu indikator dalam menggapai redha Allah,insya Allah.

8 comments:

  1. Tengku Syakir

    Wahhh...mcm nk g je turf mini ma3 2...x pe,ana doakn hoki ma3 thun neh dpt prgi lbh jauh brbnding tahun2 sblum ini....

  1. Syakir tak ada je, MATRI pun berkembang. hu3..

    Harapnya, pelajar MATRI pun meningkat seiring peningkatan prasarananya.

    ~seorang hamba...

    Hilal Asyraf

  1. azansod

    subhanallah...waah...jadi kangen sama MATRI...

  1. Salam...
    jazakallah saiful, sudi tgkp gmbr prasarana ni..
    dah lame ternanti2 nih..

    Rindu nk g MATRI..klu dlu
    adik-adik MATRI (especially budak hoki)...klu ana dtg MATRI,
    "abg Adam,abg Adam" haha..
    paling kuat suara syukur..haha

    Semoga Allah beri kesempatan utk ke MATRI lagi dan berdoa agar sukan di MATRI terus maju seiring dgn akademi dan sahsiahnye..

    insyaAllah,

  1. tengku syakir:insya Allah,amin.doa teng makbul skit.
    hilal asyraf:ya smoga semua fakulti berkembang seiring dan sejalan
    azansod:berkat doa plm juga insya Allah
    adkarika:sama-sama adam,datang la lagi.mereka ini rindukan anta.perlu kan gabungan kekuatan pakcik KADIR dan Adam KADIR.hehe.

  1. Salam madani

    Adam ...Tunggu ana nak g MATRI gak cuti ni...Bule buat game kat turf baru ni dgn adek2 matri

  1. nuqman.

    alhamdulillah.
    matri da semakin maju.
    semoga matri akan terus maju
    AMIN~!

  1. Anonymous

    waduh2...dh lame x menjenguk bumi tarbiyah nih...
    nmpk byk perubahan..congrate ntuk sume...