RSS Feed
TOP

Bila giliran kita?


rumah ibu ustaz Mahadzir



tetamu terawal datang-Sir Abdoh



Sir Abdoh lagi,setelah jenazah dibawa pulang dari hospital



tetamu yang hadir mendoakan kesejahteraan arwah



ayah tiri Ustaz,berbaju hijau



jenazah dibawa ke masjid menjelang Maghrib




Setiap yang bernyawa pasti merasai mati..Hari ini ALLAH s.w.t telah menjemput pergi seorang tetamunya lagi iaitu ibu kepada Ustaz Mahadzir Mohamad.Setelah sekian lama bertarung dengan penyakit kanser ususnya,akhirnya ALLAH memberinya kerehatan di sana.insya Allah.kira-kira jam 1.23 tengah hari di Hospital Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Semoga arwah tenang rohnya di sana,dan benar-benar diraikan sebagai tetamu-Nya,amin.

Setiap kematian yang berlaku diiringi dengan tazkirah sebenarnya.Tazkirah bagi yang masih bernyawa supaya segera memahami tujuan hidup di dunia ini yakni hanyalah untuk memperhambakan diri pada-Nya.

Marilah kita merasakan bahawa dunia ini bukanlah matlamat kita,yakni hanyalah tempat persinggahan sahaja.Alam di sana itulah halaman kita sebenarnya.Mati bukanlah bermaksud pupus,tamat,lenyap.Sebaliknya suatu perjalanan ke kehidupan di alam lain pula.

Justeru ayuh siapkan bekal kita.Mana tahu esok lusa giliran kita kan.wallahualam.

2 comments:

  1. Peringatan untuk ana.Ternyata kematian pengajaran terbaik.

    Bonda Ustaz Mahadzir akan sentiasa dikenang..
    Teringat satu ketika dulu sewaktu tahun 2007 pada bulan Ramadhan.

    Allah izin nenek ana kembali ke Rahmatullah.Ustaz Mahadzir yang bawa ana dari m3 sampailah ke ipoh.

    Selepas selesai solat jenazah dan pengebumian di ipoh,kami terus beransur pulang dan singgah di rumah ustaz di pulau pinang.]

    Keseidhan ana ketika itu agak kritikal. Tak henti2 ana menangis.Ustz mahadzir dan Ustazah Khairul Badriah tak putus2 memujuk ana.hu3.

    Bila saja dah sampai ke rumah ustaz mahadzir, kelihatan bondanya dan keluarga.

    Jelas! Bonda ustaz seorang yang penyayang,prihatin..dan sbgainya.

    Ibu Ustaz terus memujuk ana.
    "sudah la,itu semua dugaan Allah.Sabar banyak2.."

    Ibu ustaz tak habis2 ingin menceriakan ana..alhamdulillah kesedihan ana itu terubat apabila ibu ustaz memujuk ana.

    moga bonda ustaz ditempatkan orang2 yang soleh..
    moga Allah merahmati rohnya...

  1. alhamdulillah
    satu perkongsian pengalaman yang baik
    thanks udin