RSS Feed
TOP

PERGINYA SEORANG MURABBI


kredit to ust syihabuddin for this pic






Beliau bukan sekadar seorang murabbi bahkan seorang mursyid,Qaid sekaligus merangkap Mudir di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH sejak ia ditubuhkan,bahkan beliaulah pengasasnya.Jasa beliau dalam membentuk dan mendidik masyarakat tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Dengan izin ALLAH SWT kira-kira jam 9.55 pagi tadi Ustaz Dahlan Mohd Zain yang dikasihi telah pulang menemui kekasihnya,ALLAH SWT,setelah 41 hari berada di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.Bermula dengan nazak seawal pagi hari ini setelah dikeluarkan dari wad CCU.kemudian Allahyarhamhu dibawa pulang ke rumah.Di rumah nafasnya semakin lemah,dan akhirnya beliau kembali ke rahmatullah.

Menurut salah seorang doktor pakar di Hospital Tunku Fauziah(HTF) Kangar,Dr Noram,Allahyarham seorang yang kuat.Katanya berdasarkan pengalamannya sebagai seorang doktor agak mustahil bagi seseorang yang telah berusia 70 an mampu bertahan selama itu,tapi inilah kekuatan yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada beliau

Marilah kita mengambil semangat juang telah dicontohkan oleh Allahyarham kepada kita sejak sekian lama.Bukan sekadar bersedih,tetapi menyambungkan apa yang telah diwarisinya kepada kita.Moga-moga kita juga menjadi sehebat Ustaz Dahlan.

Harapannya semoga Allahyarhamhu Ustaz Dahlan b.Mohd Zain ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.Diampukan dosanya.Marilah kita berdoa!!!

4 comments:

  1. ya...kiita perlu mengambil pengajaran dari pemergian beliau, bahkan..kita mengharapkan ramai lagi "ustaz dahlan" yang akan bangun meneruskan tegus beliau..
    p/s:ana terasa sanga,,, hari ni hari jadi ana... ustaz pulak p...

  1. smoga begitulah hendaknya
    p/s:takpa budin,dh susunan ALLAH mcm tu,kena redha la

  1. ummi ana pun kata, walau dah kritikal, tapi daya juang ustaz sangat tinggi..sedaya upaya bertahan hingga ke saat akhir.

    moga kita thabat untuk meneruskan rantaian perjuangan ini

  1. sara hamizah:insya Allah,mudah2an rantai ikatan yang telah ditinggalkan ust mampu kita teruskan