RSS Feed
TOP

MOGA JOHAN YANG TERSIRAT DAN TERSURAT

MATRI VT sekali lagi pada tahun ini dengan izin ALLAH swt telah melakar sejarah emas kedua melalui kategori bawah 16 tahun.Pertandingan yang diadakan di Sek Men Dato Jafar Hasan bermula seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang.Turut serta ialah Sekolah Padang Besar yang menjadi kuasa besar baru dalam dunia bola tampar Sekolah-sekolah Perlis.Barangkali kerana coachnya bekas pelajar MATRI juga,iaitu Tarmizi;SPM 2000(satu batch VT dgn Nur Muhammad,Muzakkir Che Ani,Hafiz Ibrahim,Zaid Dzakaria dan Imran Ariffin).

MATRI menjadi Johan Kumpulan setelah menewaskan tuan rumah dan SMK PUTRA.bertemu dengan musuh tradisi iaitu SMK SYED ALWI di separuh akhi dan final-SMK PADANG BESAR UTARA.

Hasrat menjadi johan dan emas telah tercapai.Harapannya semoga dakwah kepada masyarakat dan matlamat yang sebenarnya juga tercapai insya ALLAH.
Mohon terus doakan kami
Moga ALLAH makbulkan dan mudahkan urusan kamu jua.
Amin.


hurairah-mantan kapten VT.



gaya seorang kapten dan mastermind,Aniq



saya dan masul yang disegani,Ust Mahadzir(pengasas VT)



izareef...



VT U-16 2010


p/s- gambar selebihnya di facebook saya.

1 comments:

  1. terbaiklah! hehehhe moga semakin maju dan terus maju:),
    p/s; cikgu mmg nampak betul segan2 ngan ust mahadir.. keh3..