RSS Feed
TOP

BEBERAPA PERINGATAN UNTUK PARA DA'I-FASAL PERTAMA

assalamualaikum..

cuti ni ana ada baca buku karangan S.ABUL A'LA MAUDUDI yang bertajuk BEBERAPA PERINGATAN UNTUK PARA DA'I.


ana baru baca skit jer...tapi apa yang lebih diharapkan ialah berkongsi dengan sahabat2 sekalian walaupun sedikit,insya-allah.


ringkasan dari fasal pertama buku tu..

FASAL PERTAMA-INILAH DA'WAH KITA

>da'wah dapat disimpulkan kepada 3 tujuan dan matlamat

1-menyeru ummat manusia mengabdikan diri pada Allah swt

2-persediaan menerima Islam dan pembersihan jiwa

3-membangkitkan suatu revolusi terhadap sistem pemerintahan kini kerana sistem hari ini

dikuasai taghut dan perosak2

>ketiga2 tujuan ini adalah jelas sejelas matahari siang,tapi sangatlah menyedihkan apabila

kebenaran matlamat2 tersebut terselindung di sebalik tabir kejahilan,lupa dan beku sehingga

kaum muslimin sendiri terlebih dahulu memerlukan penerangan,penjelasan dan perincian

terhadap tujuan dan tuntutan dari matlamat2 itu.Usah lagi difikirkan akan orang2 yang bukan

islam yang sememangnya tidak mengenal da'wah dan pengajarannya.


MATLAMAT PERTAMA

-hakikat pengabdian sebenar,menolak pembahagian kehidupan kepada 2 bahagian secara terpisah

pertama:semua perkara berkaitan agama

kedua:perkara2 yang berhubung dengan soal2 keduniaan spt ekonomi,politik,akhlak dll

Pengertian ini sewajibnya dihapuskan dan dibanteras bersama2 dengan usaha memusnahkan sistem kafir dan jahiliyah hingga ke akar umbinya kerana kefahaman ubudiyah spt itulah yang merosakkan kebenaran agama.


dalil >> " Wahai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh..."

( Al-Baqarah:208)

MATLAMAT KEDUA

-menyeru melahirkan keimanan;berusaha membersihkan jiwa dan amalan dari saki baki nifaq.

>definisi nifaq:seseorang yang berpura2 mengimani suatu sistem tertentu,menunjukkan penggabungan,penyerahan dan kepatuhan kepada-Nya tetapi di waktu yang lain dapat hidup dengan penuh rasa aman dan rela hati di bawah naungan satu sistem lain yang senyata2nya bercanggah dengan keimana dan pegangan awal tadi.Tidak pernah dia berniat untuk merubah-gantikan sistem yang bercanggah itu dengan 'aqidah keyakinannya.Lebih dahsyat lagi apabila ia sendiri bekerja keras menjadi tunggak utama dalam usaha menegakkan perancangan dan tapak sistem yang rosak lagi zalim itu.Atau dia berusaha mendirikan satu sistem bathil menggantikan kerosakan sistem itu lalu menumpang dengan penuh keselesaan dan kegembiraan di bawah lembayungnya.


>pantulan dari keimanan:perasaanyya tidak akan tenang melihat sesuatu yang akan merosakkan dasar Ad-Dinnya atau yang boleh mencacatkan pengaruh,menyekat dan mengurangkan bidang kekuasaannya.Selain itu di antara ciri2 keimanan dalam seseorang itu ialah kegelisahan,rasa tidak senang dan tidak sempurna hidupnya selagimana belum tertegak keadilan di dalam sistem hidup,mengembalikan segala keagungannya dan kekuasaannya bendera kebenaran berkibar semula lalu wujud pemerintahan yang adil di setiap lapisan kemanusiaan.Ciri ini tidak wujud dalam jiwa orang2 yang angkuh dan ingkar.


>Orang mukmin akan cepat beristighfar dan bertaubat kepada Allah apabila melakukan kesalahan penderhakaan dan suatu tindakan yang membawa kepada kejahatan dan kezaliman.Kerana penundaan bertaubat akan membawa kepada dosa yang lebih besar.


>Maka inilah percanggahan dahsyat yang menafikan pengabdian dan sifat kehambaannya kepada Allah.Apakah pandangan anda tentang kesasauan dan kerosakan yang dilakukan oleh umat Islam sendiri pada masa kini?Mereka mengaku beriman kepada Allah dan hari Akhirat,melahirkan sokongan kepada Islam dan berwatak dengan watak Islam tetapi seluruh tindak tanduk mereka,baik dalam perjuangan hidup,pergolakan politik mahupun pengkajian dalam soal2 ekonomi dan kemasyarakatan tidak sedikitpun mencerminkan wajah ajaran Islam.Tidak jelas sifat2 yang membuktikan mereka sebagai pengikut sebenar kepada agama yang hak dan syariat Allahh yang lengkap.Apakah lagi kebencanaan yang lebih dahsyat daripada ini?


MATLAMAT KETIGA

AWASI ULAMA' DAN PEMIMPIN SESAT

Paling menyedihkan dan menusuk jiwa ialah kerana para 'alim 'ulama' Islam, para tok guru,cendekiawan Islam dan penguasa yang mengendalikan kepentingan umat Islam,sepanjang masa telah mendakyahkan (mengindoktrinasikan) suatu kefahaman,bahawa; "Adalah memadai bagi umat Islam dengan ucapan 2 kalimah syahadah,berlaku benar,menunaikan sembahyang,berpuasa dan melakukan 'amal 'ibadah secara terbatas.Perbuatan dan sikap begini tidak akan menghalangi mereka untuk memasuki syurga sekalipun mereka mengikut sesiapa sahaja pemimpin sesat dan kafir.Memilih sesukanya mana2 fahaman palsu atau bertindak lebih jauh dari itu dengan rasa penuh keberanian dan keangkuhan.


>>DALIL-"Dan mereka berkata:Kami sekali2 tidak akan disentuh api neraka kecuali selama beberapa hari sahaja"

(Surah Al-Baqarah:80)

SIKAP TERHADAP PROGRAM2 TAGHUT


Orang yang pintar tentu arif bahawa semua ciri ini tidak akan berlaku kecuali bila dapat diwujudkan satu revolusi di dalam sistem penghidupan yang berjalan sekarang,di mana semuanya berkisar di sekeliling paksi kufur,mulhid(atheis),fasiq, dan penderhakaan pada Allah.Orang yang bertanggungjawab mengatur dan mentadbirkan segala urusannya, dengan menggerakkan kemudi pelayarannya adalah terdiri dari mereka yang menyeleweng dari Allah dan RasulNya,mereka telah berpaling dari penyembahan kepada Allah dan berlagak sombong di buminya tanpa kebenaran.


Selagi teraju kepimpinan dunia ini berada di tangan mereka,selagimana ilmu sastera,pengetahuan dan media am,penggubalan undang2 dan perlaksanaannya,pengurusan kewangan,urusan antarabangsa,urusan perniagaan dan perindustrian,semuanya bergerak mengikut gerakan mereka dan kemahuan mereka maka tidak mungkin seseorang muslim sejati dapat berpegang dengan prinsip2 keislaman,patuh kepada syariat Illahi dan melaksanankan undang2Nya dalam kehidupan seharian secara amali.Suatu yang mustahil bagi seseorang untuk mengikut din Illahi yang lengkap merangkumi segenap aspek kehidupan jika ia hidup di tengah2 negeri yang berpegang dengan undang2 bukan syariat Allah dan tidak berjalan manhaj dan program yang diredhai Allah.Malah adalah lebih sukar baginya untuk mendidik anak2nya dengan ajaran dan prinsip2 Illahi.


Tetapi pada waktu yang sama,adalah menjadi kewajipan seseorang Muslim yang ikhlas dan jujur kepada Allah bekerja untuk membersihkan segala kekejian,kejahatan,kerosakan dan kezaliman dan menggantikannya dengan satu sistem yang adil berlandaskan prinsip2 sihat dan matang menurut Islam.


Barangkali saudara bertanya,apakah jalannya ke arah revolusi dan pembanterasan ini?Sesungguhnya suatu revolusi itu tidak akan tercapai dengan angan2 kosong.Sudah menjadi sunnah Allah bahawa semua ini hanya akan berlaku apabila telah lahir Ar-rijal untuk mengemudikan urusan ini.


Orang yang memimpin dan mengendalikan urusan umat sewajarnya memiliki ciri2 kesempurnaan akhlaq.Demikian juga Sunnah allah,bahawa Allah akan menyerahkan urusan pengendalian bumi ini kepada orang2 yang tidak solih dan bukan muslim.Sunnah ini akan berlaku sekiranya tidak ada jamaah islamiyah yang memiliki ciri2 imaniyyah bagi melayakkan mereka menyandang tampuk kepimpinan.Tetapi apakala telah wujud sebuah jamaah islamiyyah dengan kelayakan dan kemampuannya serta dihiasi dengan unsur2 kesalehan daripada sifat2 akhlak yang mulia,maka suatu perubahan akan berlaku.Jamaah ini dengan segala kelayakan dan sifat2 yang terpuji itu mampu untuk mendokong tugas kekuasaaan dan kepimpinan alam.Apabila ini berlaku,Allah tidak akan membiarkan pihak taghut untuk terus mengemudikan teraju pemerintahan.Ini adalah kerana golongan yang angkuhini menjalankan pemerintahan dengan melakukan jenayah,kerosakan dan kezaliman bagi memuaskan nafsu mereka.

0 comments: