RSS Feed
TOP

TANGAN YANG BERGANTUNGAN

Diriwayatkan oleh Al Hafizh al Baihaqi dari Khabib b. Yasaf.Katanya "Aku dan seorang dari kaumku datang menemui Rasulullah saw dalam penyerbuannya.
Lalu kami berkata kepada beliau "Ya Rasulullah kami ingin berperang bersama engkau" Rasulullah bertanya "Apakah kalian sudah Islam?"
Kami menjawab "belum"
Rasulullah kemudian berkata "Kami tidak meminta bantuan orang musyrik dalam memerangi
kaum musyrikin"

Lalu kami pun masuk Islam dan berperang bersama beliau dalam sebuah peperangannnya.Tiba2 aku terkena pukulan yang keras pada pundakku sehingga salah satu tanganku bergantungan dari persendiannya.Aku datang menemui Rasulullah lalu beliau meludahi dan menyambung kembali tanganku yang bergelantungan itu, sehingga aku dapat membunuh orang yang telah memukulku"

Moral/>>marilah kita melihat perbezaan Rasulullah dan para sahabat membawa Islam dengan zaman kita sekarang.Rasulullah dan para sahabat menegakkan Islam dengan air mata dan darah,sehingga sanggup berkorban apa sahaja termasuk nyawa...sanggupkah kita???

0 comments: